Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S’pura ulang-alik Johor beri makan kucing terbiar

Akhirnya tubuh Project Help Meow rawat kucing sakit, kembiri haiwan agar jumlah terkawal
Sep 19, 2023 | 04:20 PM



Sebagaimana ibu kucing memastikan anaknya tidak kelaparan, begitulah seorang pencinta kucing berusaha agar kucing-kucing terbiar tidak kebuluran.

Malah, Cik Nur Amira Jumali melakukan apa yang mungkin tidak dilakukan orang lain – setiap minggu beliau merentas Koswe dari Singapura hanya untuk memberi makan kucing-kucing yang terbiar di sekitar Pandan City di Johor Bahru.

Beliau melakukan itu walaupun terpaksa menempuh kesesakan di pusat pemeriksaan imigresen – hingga tiga jam pada satu ketika.

Warga Singapura itu sudah menjadi wajah yang biasa dilihat di Pandan City kerana kerap menyelamat kucing di situ, termasuk mengembiri dan menjaga kebajikan haiwan di sana.

Cik Amira, 32 tahun, memberitahu Berita Harian beliau melakukan itu kerana sedih melihat keadaan menyayat hati kucing-kucing yang dilihatnya apabila beliau ke Pandan City pada 2022.


“Saya lihat banyak kucing berkeliaran, kebanyakannya sakit, mengalami selesema, mengalami jangkitan mata. Banyak anak kucing sedang berlari-lari. Pada waktu malam, keadaan trafik amat sibuk dan saya lihat mereka melintas jalan.

“Yang mendorong saya memulakan rancangan mengembiri kucing ialah apabila saya lihat dua kotak berisi 14 hingga 15 anak kucing. Mereka tidak ada mak. Bila saya tanya pekerja di sekeliling, mereka berkata anak kucing itu memang sudah ada di situ,” ujar kaunselor perkahwinan itu.

Daripada situ lahirlah Project Help Meow – yang diasaskan Cik Amira – pada Februari untuk memerangkap, merawat, mengembiri dan melepaskan semula kucing terbiar demi mengawal jumlah mereka.







Usaha itu dijalankan setiap bulan dan menelan perbelanjaan sekitar RM9,000 ($2,600), yang disumbang orang ramai.

Pengumpulan dana dilakukan menerusi wadah TikTok, dengan projek itu menonjolkan usaha mereka menyelamatkan kucing di Johor Bahru.

Dengan bantuan para relawan, lebih 250 kucing telah dikembiri sejauh ini, menurut Cik Amira.

“Saya harap dapat memberi inspirasi dan menggalak lebih ramai orang agar lebih prihatin tentang kebajikan kucing jalanan dan agar mereka bekerjasama dengan kami atau memulakan inisiatif mereka sendiri.

“Saya sanggup membantu orang yang ingin melakukan demikian kerana akhirnya, ia memastikan kebajikan kucing terjaga,” kata Cik Amira, yang mempunyai lima ekor kucing.

Secara sendiri, Cik Amira pergi ke Johor Bahru setiap minggu untuk memberi makan kucing-kucing di sana. Beliau membelanjakan kira-kira RM200 setiap minggu daripada wangnya sendiri.

“Harapan saya bagi kucing-kucing itu tentunya ialah mereka mendapat rumah dan tidak terbiar di jalanan, walaupun cita-cita itu agak tinggi.

“Namun saya harap lebih banyak kucing akan dikembiri kerana jika tidak, jumlahnya ia akan terus berganda dan akan timbul isu terlalu banyak kucing terbiar di jalanan,” ujarnya.

Dalam sebuah video yang dimuat naik pada 16 September, Project Help Meow merayu orang ramai agar menyumbang dana kepada usaha mereka kerana mereka kekurangan dana untuk mengembiri kucing bagi September.

Cik Amira melahirkan harapan usaha Project Help Meow dapat berpanjangan.




@projecthelpmeow

We are currently facing a shortage of funds to cover our September’s TNR expenses. With each passing month, medical bills continue to rise due to the increasing number of cats requiring ongoing medical care and were unfit to be released. Please click the link in our bio to donate. Your contribution, regardless of the amount, will greatly assist in ensuring that our street furiends can enjoy a better quality of life. Thank you very much on behalf of all the cats 🙏🏻 Remember, #adoptdontshop #rescuedismyfavoritebreed #saynotobreeding #saynotobreeders

♬ Coming Home(2020) - 笑匠&音源&十八闲客

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >