Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Wanita simpan 30 kucing di flat dua bilik, diarah beri pemilik baru

Aug 17, 2023 | 5:26 PM
DIARAH CARI PEMILIK BARU: Kucing-kucing pemilik itu disimpan di dalam kandang. Beliau menyimpan kira-kira 50 kucing sebelum ini tetapi telah memberi  lebih 11 anak kucing kepada orang lain.
DIARAH CARI PEMILIK BARU: Kucing-kucing pemilik itu disimpan di dalam kandang. Beliau menyimpan kira-kira 50 kucing sebelum ini tetapi telah memberi lebih 11 anak kucing kepada orang lain. - Foto TANGKAP LAYAR VIDEO WATI SALAMAT

Seorang wanita yang didakwa menyimpan kira-kira 30 kucing dalam sebuah flat sewa dua bilik difahamkan telah diarah pihak berkuasa supaya memberi haiwan itu kepada pemilik baru.

Dalam satu pos di Facebook oleh seorang penyelamat kucing, Cik Wati Salamat, kucing-kucing itu kelihatan berada dalam kandang, kecuali seekor.

Video itu dimuat naik sebagai rayuan untuk mencari pemilik baru bagi kucing-kucing tersebut.

Pemilik kucing-kucing itu, yang dikenali sebagai Cik Ida, enggan membenarkan Berita Harian mengunjungi rumahnya.

Namun ketika dihubungi, beliau berharap kucing-kucingnya ditempatkan bersama pemilik lebih baik.

Ketika dihubungi BH, Cik Wati, 50 tahun, berkata kucing-kucing itu tidak berada dalam sekitaran bersih, dan terdapat bau kuat akibat najis yang mengalir ke bawah tanpa tempat membuang najis khusus disediakan.

BH difahamkan bahawa kandang haiwan itu diletak dalam bilik tidur pemilik flat itu.

Cik Wati berkata kes di Ang Mo Kio itu sudah berlarutan lama dan beliau mula bekerjasama dengan Persatuan Kebajikan Kucing (CWS) dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) untuk memeriksa flat tersebut sejak April 2023.

Menurutnya, pemilik kucing itu menyimpan kira-kira 50 kucing sebelum ini dan telah memberikan lebih 11 anak kucing kepada orang lain.

“Saya lihat jumlah kes menyimpan kucing dengan banyak semakin bertambah, mungkin kerana lebih ramai orang sedar dan melaporkannya,” ujar beliau.

Menurutnya, masalahnya ialah apabila pemilik kucing tidak mengembirikan kucing mereka dan membiarkan ia membiak dengan banyak.

Kucing-kucing itu kemudian terbiar berada dalam sekitaran tidak bersih, atau disimpan dalam kandang, hingga ia kadangkala mengganggu jiran, kata Cik Wati, yang menyifatkan itu sebagai perbuatan “tidak bertanggungjawab”.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg