Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warga S'pura yang dikatakan hadiri perjumpaan sosial semasa pemutus litar didakwa

May 08, 2020 | 03:23 PM

SEORANG lelaki berusia 38 tahun yang dikatakan telah meninggalkan flatnya untuk menghadiri perjumpaan sosial di rumah seorang wanita telah didakwa di mahkamah.


Francis Soh Seng Chye didakwa pada Jumaat (8 Mei) kerana menghadiri perjumpaan sosial secara tidak sah di tengah-tengah wabak coronavirus, satu kesalahan di bawah (Akta Langkah Sementara) Covid-19 2020.


Warga Singapura itu dikatakan telah meninggalkan rumahnya antara 7 dengan 8 malam pada 8 April untuk menemui Cik Lye Bao Ru di sebuah flat di Circuit Road.


Butiran lain mengenai wanita itu tidak dinyatakan dalam dokumen mahkamah.

Perhimpunan itu, yang berlangsung sekitar satu jam, melibatkan enam orang dari isi keluarga Cik Lye dan Soh, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan (MOH).


Perhimpunan sosial terdiri daripada pelbagai isi rumah dilarang dari 7 April hingga 1 Jun.


Soh, yang akan kembali ke mahkamah pada 20 Mei, berkata dia berhasrat untuk mengaku bersalah.


MOH berkata ia "tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan Covid-19".


Tidak dinyatakan sama ada Cik Lye dan lima yang lain dari isi rumahnya telah melakukan kesalahan.


Mereka yang didapati bersalah menghadiri perhimpunan sosial secara tidak sah boleh dipenjara hingga enam bulan dan denda hingga $10,000.


Pesalah berulang boleh dipenjara hingga satu tahun dan didenda hingga $20,000.

Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >