Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warisan kereta api diabadi, diperindah

Daya tarikan nostalgia stesen Bukit Timah dikekal, tarikan baru seperti taman dan kafe disediakan
Jul 02, 2022 | 05:30 AM



"Kami sekarang telah memulihara dua bangunannya dan memastikan ia selamat dan boleh diakses oleh semua orang sambil mengekalkan daya tarikan nostalgia mereka," kata Encik Lee.



Sebagai contoh, dalam bilik isyarat stesen kereta api, enam tuil asal yang digunakan ketua stesen untuk mengawal pensuisan trek dan isyarat bagi kereta api yang lalu-lalang dikekalkan.



Taman-taman baru untuk menyerlahkan lagi stesen itu turut ditambah, lapor The Straits Times.



Ini termasuk Taman Kampung, yang mengandungi jenis tanaman dari kampung-kampung 1960-an, seperti bunga raya, bunga merak dan melati.



Pencahayaan malam di kawasan itu akan diminimumkan untuk mengelak mengganggu haiwan malam, kata Encik Lee.



Semalam menandakan genap 11 tahun sejak tanah sepanjang 24 kilometer yang diduduki oleh landasan Keretapi Tanah Melayu dipulangkan kepada Singapura.



Bukit Timah salah satu daripada beberapa stesen di laluan itu, dengan Stesen Kereta Api Tanjong Pagar merupakan perhentian selatan laluan tersebut.



Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA) dan Lembaga Taman Negara (NParks) berkata pengunjung ke bangunan stesen Bukit Timah akan dapat melihat reruai tiket dan replika gambar rajah isyarat di bilik isyarat stesen itu.



Di hadapan bangunan itu pula, yang dibina pada 1932, lebih banyak ciri yang dipulihkan boleh dilihat, seperti papan tanda stesen dan tiang token.



Terdapat juga replika gerabak stesen kereta api yang digunakan sebagai kenderaan penyelenggaraan kereta api, di mana pengunjung boleh naik dan bergambar di dalamnya.



Di bekas kuarters kakitangan pula, yang terletak bertentangan dengan landasan kereta api lama dari bangunan stesen, sebuah kafe menawarkan makanan tempatan dan fusion telah dibuka.



Di sebelahnya, "sayap warisan" diwujudkan, mengekalkan susun atur, ciri dan butiran rumah untuk mempamerkan kegunaannya sebagai bangunan kediaman.



Blok tandas juga telah dirapikan dan menyediakan pameran tentang bagaimana sistem sanitasi telah berkembang sejak beberapa dekad lalu.



Bulan lalu, Koridor Rel telah dikenal pasti sebagai salah satu daripada lima koridor identiti oleh URA dalam pelan struktur warisan dan identitinya.



"Ini bermakna kami akan merancang keseluruhan sepanjang 24 kilometer Koridor Rel dengan niat mengekalkan citi unik ini," kata Encik Lee.



Sebagai contoh, beliau berkata strategi reka bentuk bandar akan membimbing pembangunan di sepanjang koridor itu.



"Ini memastikan pengunjung dapat menikmati pemandangan kehijauan tanpa gangguan di seluruh koridor itu, tanpa bangunan tinggi di sekitarnya, sejauh mana kita boleh melakukan itu," katanya.



Encik Lee berkata pihak berkuasa kini sedang bekerjasama dengan sukarelawan pelajar daripada program pengajian alam sekitar Universiti Nasional Singapura (NUS) untuk mencipta peta dalam talian interaktif bagi segmen tengah Koridor Rel, yang akan dilancarkan pada September.



Pihak berkuasa akan terus bekerjasama dengan masyarakat "untuk merealisasikan potensi penuh Koridor Rel", kata Encik Lee, yang turut mengumumkan pembangunan akan datang bagi koridor itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >