Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Warna-warni ulang tahun S'pura ke-54

Aug 10, 2019 | 05:30 AM



RAKYAT BERPESTA



MESKI tidak dapat tiket menonton Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) secara langsung dari Padang, sambutan hari kemerdekaan negara tercinta tetap 'jalan terus' bagi ramai warga Singapura.



Malah, ada yang turun padang lengkap dengan makanan dan tikar sejak tengah hari hanya untuk mendapat tempat bagi menyaksikan bunga api di sekitar Padang.



Bagi tiga anak muda yang baru mencecah 20 tahun, usia Singapura mungkin sudah melebihi lima abad namun sejarah negara tetap memberi kesan mendalam di hati mereka.



"Hari ini adalah penting untuk mengingatkan kami tentang permulaan sukar Singapura. Kami mula dari bawah dan lihatlah di mana negara kita berada sekarang.



"Ini juga adalah cara bagi kami memperingati asal usul sejarah kami," ujar Cik Nureen Ain Ahmad, 20 tahun.



Pelajar tahun kedua Politeknik Nanyang itu bersama dua lagi rakannya, Cik Nur Sahira Mohamed Yaakob dan Cik Nur Afrina Hadiyah Abdol Raman, yang kedua-duanya juga berusia 20 tahun, memilih Bendungan Marina untuk merai Hari Kebangsaan Singapura yang ke-54 semalam.



Dengan berpakaian merah dan putih, tiga sekawan itu membentang tikar di sana sejak 3.30 petang sambil menjamu selera apa jua bekalan makanan yang dibawa, sementara menantikan pertunjukan bunga api.



Ini merupakan kali pertama bekas pelajar Sekolah Menengah Damai itu meraikan sambutan Hari Kebangsaan bersama-sama.



Bagi Cik Nureen, beliau meluahkan rasa bangga menjadi warga Singapura.



"Sebagai rakyat Singapura, kami rasa selamat dalam negara kami sendiri. Jika ada kecemasan, bantuan akan sampai dengan hanya satu panggilan sahaja. Saya rasa itulah kekuatan kita," luahnya.



Ditanya apa yang mereka sering nanti-nantikan setiap tahun, Cik Nur Sahira berkata ia adalah untuk menyanyikan lagu sempena Hari Kebangsaan.



"Lagu kegemaraan saya adalah Home," ujar pelajar tahun ketiga Politeknik Temasek itu.



PERTEMUAN PEMIMPIN



SULTAN Haji Hassanal Bolkiah semalam mengadakan kunjungan penghormatan kepada Presiden Halimah Yacob.



Sultan Brunei itu berada di Singapura untuk menghadiri Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ke-54 atas undangan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), semasa pertemuan itu, Presiden Halimah and Sultan Hassanal Bolkiah telah memperkukuh hubungan rapat dan persahabatan istimewa antara dua negara, hasil jalinan sejarah dan program pertukaran peringkat tinggi.



Kedua-dua pihak mengalu-alukan kerancakan kerjasama merentasi pelbagai sektor seperti pertahanan dan kewangan serta bersetuju memperkukuhkan momentum pertukaran dan meneroka peluang baru ke arah kerjasama dua hala.



Sementara itu, PM Lee dan isteri turut menemui Presiden Indonesia Joko Widodo dan Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri di Galeri Nasional Singapura.



Semasa pertemuan, PM Lee melahirkan penghargaan terhadap kehadiran mereka sempena sambutan Hari Kebangsaan Singapura, dan mengesahkan talian sejarah dan persahabatan antara Singapura dengan Brunei, Indonesia dan Malaysia, menurut MFA. - Foto MFA.



LARIAN MAJULAH



SELAIN acara Perbarisan Hari Kebangsaan, ribuan lagi rakyat meraikan Hari Kebangsaan dengan menyertai acara larian Majulah Run and Walk 2019.



Acara yang disokong Gain City itu disertai sekitar 5,300 peserta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >