Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH EMTM

Wartawan BH diberi pengiktirafan

Mar 21, 2023 | 05:30 AM



SEBAGAI wartawan berpengalaman selama 22 tahun, Encik Mohd Farid Hamzah utamakan laporan yang ditulisnya itu memberi kesan kepada masyarakat Melayu Islam di Singapura.



Pada Isnin, beliau menerima dua pencalonan - Wartawan Terbaik dan Berita Terbaik di anugerah berita tahunan Pengurusan Kumpulan Media Inggeris/Melayu/Tamil (EMTM) SPH Media Trust yang diadakan di Auditorium SPH.



Ia diadakan demi mengiktiraf wartawan dan kecemerlangan editorial sepanjang tahun 2022.



Encik Mohd Farid menerima pencalonan Berita Terbaik bagi laporan tentang kematian seorang kanak-kanak bawah lima tahun yang meninggal dunia akibat Covid-19 yang disiarkan pada 29 Jun 2022.



Berita Harian (BH) merupakan syarikat media pertama yang menyiarkan identiti kanak-kanak yang meninggal dunia itu selain temu ramah bersama keluarga arwah.



"Sebagai wartawan walaupun ia penting untuk mendapatkan laporan, ia amat penting untuk mempunyai sifat empati terhadap keluarga yang telah kehilangan anaknya," katanya.



Beliau dihormati di bilik berita oleh kedua-dua wartawan muda dan rakan-rakannya.



Anugerah Berita Terbaik dimenangi Cik Wong Pei Ting dari The Business Times.



Selain itu, Encik Danson Cheong dari The Straits Times memenangi anugerah Wartawan Terbaik dan Encik Ng Keng Gene dari The Straits Times memenangi anugerah Wartawan Muda Terbaik.



Selain itu sebanyak 12 Anugerah Kecemerlangan disampaikan kepada bilik berita EMTM.



Antara penerima ialah Cik Shahida Sharhid dan Cik Zulaiqah Abdul Rahim atas podcast bola sepak mereka yang sangat popular dan video TikTok tentang bola sepak dan Piala Dunia.



"Jarang cerita sukan diiktiraf untuk anugerah sebegitu, ini menunjukkan potensi dan minat yang besar untuk cerita sukan.



"Melalui podcast itu, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) telah mengambil tindakan terhadap maklum balas yang kami bentangkan."



Wartawan Cik Irma Kamarudin pula dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan atas cerita mengenai janin Muslim tidak dituntut yang mengejutkan kerana jumlahnya telah meningkat lebih seganda dalam tempoh lima tahun sejak 2017.



"Saya rasa isu ini penting untuk diketengahkan, dengan harapan ia boleh menjadi satu iktibar untuk semua.



Pada masa yang sama, saya diberi peluang memperhatikan proses pemandian dan pengurusan janin-janin tersebut untuk pengebumian.



"Sangat sayu dan tidak terkata pada ketika itu. Kebanyakan janin yang saya lihat hanya sekecil tapak tangan. Dalam satu hari itu, saya lihat berpuluh-puluh janin yang diuruskan dengan penuh kasih sayang dan tertib sebelum kesemuanya dibawa masuk ke dalam liang lahad," dedahnya yang tidak diduga dengan anugerah yang diberikannya.



Wartawan muda Encik Harith Mustaffa juga dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan atas laporannya bagi Pejabat Perwakilan Singapura (SRO) yang menyelaras usaha sokongan Singapura kepada pegawai Penguasa Palestin (PA) yang ingin melanjutkan pendidikan atau menjalani kursus yang dapat dimanfaatkan orang Palestin di Singapura bagi menyumbang kepada negara mereka.



"Amat penting orang ramai membaca beberapa isu realiti secara langsung mengenai isu Palestin-Israel.



"Saya merasakan bahawa sebagai rakyat Singapura yang datang dari negara selamat dan canggih dengan teknologi, kita harus digalakkan untuk berbual dan memahami apa yang mereka hadapi," katanya.



Editor Berita Harian, Encik Saat Abdul Rahman berkata anugerah yang diterima adalah cara akhbar ini mengiktiraf kerja cemerlang di kalangan wartawan dalam bilik berita BH.



"Dengan mencalonkan usaha mereka untuk pemilihan daripada kandungan berkualiti lain di seluruh bilik berita EMTM, ia menunjukkan komitmen Berita Harian dalam menghasilkan kandungan yang boleh kita banggakan," tambahnya.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >