Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RADIKALISASI DALAM TALIAN

Waspada permainan video sebar propaganda radikal

Mar 10, 2023 | 05:30 AM



KANDUNGAN permainan video bukan sahaja telah diekploitasi oleh kumpulan pengganas malah ia turut membawa unsur perkauman, isu keagamaan dan kebencian yang perlu dielakkan bagi menjamin keharmonian.



Pengkaji psikologi dan kaunselor, yang berhadapan dengan pesakit, mengakui bahawa permainan video ini memberi masalah kepada ibu bapa.



Malah pemain video sendiri berhadapan dengan gangguan kesihatan mental, masalah ketagihan, pengabaian tugas dan tanggungjawab - malah tekanan perasaan serta terjebak dengan unsur pelampau dalam talian.



Kesan-kesan radikalisasi dalam talian dan impak kepada masyarakat ini dibincangkan oleh pengkaji isu-isu antara agama dan berbilang Budaya, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib; dan pakar psikologi klinikal yang juga pengasas Impossible Psychological Services, Encik Muhammad Haikal Jamil, dalam siri Podcast #No Tapis: Berita Harian baru-baru ini



"Kegusaran yang timbul ialah apabila ada permainan video itu mengandungi kandungan yang bercanggah dengan norma masyarakat dan nilai agama seperti keganasan, seks, bahasa kesat yang tidak bermoral, unsur dera atau jenayah,'' ujar Encik Mohamed Imran.



Beliau dan Encik Muhammad Haikal membincangkan isu radikalisasi dalam talian bersama Editor Podcast BH, Cik Shahida Sarhid dan hos bersama, Penolong Editor BH, Encik Mohd Nizam Ismail.



Kedua-dua panel undangan turut membangkitkan tentang permainan video yang memaparkan medan pertempuran, pembunuhan yang bersifat menghasut dan mempengaruhi sasaran golongan muda.



Kesemua itu digunakan oleh golongan pelampau menggunakan keganasan maya yang kejam untuk menyebarluaskan pengaruh mereka.



Menurut Encik Haikal, permainan video itu turut mencetuskan konflik apabila ada kandungannya yang menjurus kepada perkara yang tidak selari dengan norma masyarakat dan agama.



"Membiarkan bidang ini berkembang tanpa pemantauan dan panduan bukan satu tindakan yang bijak,'' tambah Encik Mohamed Imran.



Menurut Encik Muhammad Haikal, tidak dinafikan ada pihak yang tidak endah dan mengambil sikap sambil lewa kerana menganggap unsur itu tidak memberi kesan negatif secara langsung terhadap pemain, malah bermain video dikatakan mampu meningkatkan tumpuan, sosial dan kecekapan.



Namun, katanya, pendirian itu tidak menjamin permainan video tidak memberi kesan negatif kerana mereka bersandarkan kepada kajian dan penemuan yang inklusif.



Malah pemainan video yang mengandungi unsur-unsur disebutkan itu kini berada dalam carta permainan yang diminati ramai.



Dengan pengembangan propaganda radikalisasi, kumpulan pengganas mengambil kesempatan daripada ramainya pengikut yang membesar dalam teknologi dan menjadikan Internet sebagai alat teknologi yang penting kepada diayah kumpulan tersebut



Perkara itu menjadi keprihatinan kerana sebagai sebuah masyarakat, setiap keluarga perlu dilengkapi kemahiran menggunakan teknologi siber.



Apatah lagi penggunaan media sosial menjadi senjata perang saraf terbaru kumpulan militan untuk membina pengaruh, merekrut dan mengukuhkan ideologi mereka, kata Encik Mohamed Imran.



Menurutnya, kumpulan radikal memanfaatkan penggunaan media terkini, teknologi Internet dan media sosial yang berorientasikan imej visual atau grafik dengan penyampaian yang lebih terbuka dan bebas serta dapat menyampaikan kandungan.



Ini termasuk mesej, pembentangan, majalah, audio dan fail audio dan permainan video.



Organisasi ini berupaya mempromosikan penglibatan anak muda dengan hanya klik butang pada alat teknologi sehingga mempengaruhi individu terdedah dengan perlakuan radikal.



Malah dipercayai, pengganas meningkatkan penggunaan propaganda melalui wadah seperti perlindungan laman web yang mempunyai kata laluan dan mengehadkan akses Internet bagi kumpulan sembang sebagai rahsia pengekrutan



Katanya, media sosial seperti Facebook dan Twitter merupakan alat pemasaran yang sangat berkesan bagi golongan ekstremis kerana ia mencerminkan sudut pandangan dunia daripada pemikiran yang sempit.



"Ia lebih kepada menyebarkan ideologi jahat yang tidak mempunyai tempat dalam masyarakat awam yang menghargai kehidupan manusia," ujar Encik Mohamed Imran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >