SYARIKAT penerbangan Singapore Airlines (SIA) berharap dapat menandatangani perjanjian membeli lebih banyak pesawat daripada syarikat Boeing semasa lawatan Perdana Menteri Lee Hsien Loong ke Washington, Amerika Syarikat, minggu depan.
Encik Lee berkata demikian dalam satu wawancara bersama penyiar berita Amerika CNBC, yang diterbitkan semalam, apabila ditanya apakah perjanjian baru bakal dimeterai antara Singapura dan Amerika.