Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

RENCANA

Webinar BH-Mendaki kongsi cara galak si cilik berdwibahasa

Dua sesi, setiap satu khusus bagi guru prasekolah dan ibu bapa, dianjurkan percuma
Oct 11, 2023 | 09:26 AM



Dengan persekitaran Singapura yang lebih banyak menggunakan bahasa Inggeris, usaha menggalak kanak-kanak menguasai kedua-duanya, bahasa Inggeris dan bahasa ibunda, menjadi semakin mencabar hari ini.

Mereka lebih terdedah kepada bahasa Inggeris – baik di sekolah, ketika menonton televisyen dan menggunakan alat teknologi untuk bermain permainan, mahupun di rumah, semasa berinteraksi dengan ibu bapa dan adik-beradik.

Bukan ibu bapa sahaja mendapati agak mencabar menggalak anak kecil mereka menggunakan dua bahasa dengan fasih, malah guru juga berasa semakin sukar membimbing murid mereka menguasai dua bahasa.

Demi membantu ibu bapa dan pendidik prasekolah membimbing kanak-kanak dan murid mereka menjadi pengguna dwibahasa yang baik, Berita Harian (BH) dan Yayasan Mendaki akan menganjurkan dua webinar berkaitan topik itu.


Webinar pertama – Membangun Minda Dwibahasa – akan berlangsung pada 13 Oktober, mulai 2 petang, dan khusus bagi pendidik prasekolah.


Webinar itu akan dikendalikan oleh seorang guru Bahasa Melayu daripada Kementerian Pendidikan (MOE), Encik Azhar Abdul Rashid, yang akan membincangkan mengenai pendekatan kreatif bagi menggalak pembelajaran kanak-kanak prasekolah.

Beliau juga akan berkongsi strategi kreatif dan interaktif dalam menerapkan pembelajaran dwibahasa dalam kegiatan seperti bercerita, menyanyi dan bermain.

Webinar itu diadakan secara percuma melalui wadah Zoom. Mereka yang ingin menyertainya boleh mendaftar dengan melungsuri pautan https://bit.ly/BHDwi1.


Webinar kedua pula akan diadakan pada 14 Oktober, mulai 11 pagi, khusus bagi ibu bapa yang mempunyai anak prasekolah.

Bertajuk Mengasah Kemahiran Dwibahasa Sambil Bermain, ia akan dikendalikan oleh pengasas Pusat Pembelajaran Yaa Bunayya, Cik Nur’afifah Mohd Hussain.


Beliau akan membincangkan peranan kegiatan bermain dalam membina kemahiran bahasa dan juga dalam perkembangan kanak-kanak secara keseluruhan.

Mereka yang ingin menyertai webinar itu boleh mendaftar dengan melungsuri pautan https://bit.ly/BHDwi2.


Wartawan BH, Cik Nur Fathin Awalludin, akan menjadi moderator bagi kedua-dua webinar.

Kedua-dua webinar dianjurkan dengan sokongan Dana Kedwibahasaan Lee Kuan Yew.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >