Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WISMA GEYLANG SERAI (WGS)

WGS terus 'Teguh, Tekad dan Tegap' sokong masyarakat

WGS
Jan 14, 2022 | 05:30 AM



JANGKAUAN dalam talian Wisma Geylang Serai (WGS) kekal tinggi meskipun telah beroperasi sepanjang dua tahun di dalam keadaan pandemik dengan menerima sebanyak lapan juta 'hadirin' pada 2021.



Meskipun bilangan itu lebih rendah berbanding tahun sebelumnya - iaitu pada 11.6 juta hadirin dalam talian - WGS mencatatkan peningkatan 130% penonton di Facebook tahun lalu berbanding 2020 yang menunjukkan mutu program-progam yang dihasilkan hab masyarakat itu.



Menyusuli itu, Penasihat WGS, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim berkata, ini menunjukkan bagaimana WGS bukan sahaja telah menyesuaikan diri dalam menghasilkan progam semasa pandemik namun telah menawarkan platform alternatif bagi meneruskan usaha pembangunan pelbagai aspek budaya, bahasa dan seni masyarakat Melayu.



Beliau menambah, sempena ulang tahun ketiga WGS pada 22 Januari nanti, lebih banyak kegiatan fizikal dijangka dimulakan semula tahun ini, dan WGS akan memperluas usahanya mendekati masyarakat menerusi kegiatan fizikal serta menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan masyarakat.



Tema ulang tahun bagi WGS tahun ini bertajuk TIGA, bermakna Teguh, Tekad dan Tegap.



NADI MASYARAKAT



Menyusuli itu, Dr Faishal berkata: "Ia menggambarkan keteguhan WGS memenuhi objektif sebagai nadi masyarakat Melayu, dengan bersikap konsisten terhadap perhubungannya dengan orang ramai melalui program-program bermutu sambil kami melihat ke hadapan dan menjalin perhubungan baru dan mengeratkan hubungan lama, bersama syarikat-syarikat dan pihak berkepentingan dan kesatuan untuk memanfaatkan semua."



Beliau menjelaskan meskipun jangkauan WGS dalam talian telah merosot berbanding 2020, ia sebaliknya mencerminkan lebih banyak kegiatan yang dibolehkan berlangsung semula pada 2021 berbanding tahun sebelumnya.



"Tetapi kami tetap berjaya mendapatkan jangkauan yang tinggi dan juga menghasilkan lebih banyak kandungan dalam talian," katanya ketika diwawancara bersama Berita Harian (BH) baru-baru ini,



Sepanjang tahun lalu, WGS telah menghasilkan sebanyak 43 program seni dan budaya, kesihatan dan gaya hidup serta program-program kemasyarakatan.



Bahan-bahan dalam talian yang dihasilkan turut telah meningkat daripada 835 pada 2020 kepada 922 tahun lalu dengan WGS memperluas usaha penyebaran kandungan digitalnya di empat platform media sosial; Facebook, YouTube, Instagram dan TikTok.



Baru-baru ini, konsert Ulang Tahun ke-30 Orkestra Melayu Singapura (OMS) juga menarik sambutan hangat dengan kesemua 221 tiket habis dijual.



Menurut Dr Faishal: "WGS bukan sahaja telah menyesuaikan dirinya dengan baik kepada keadaan Covid-19 namun telah meneroka pendekatan alternatif yang membolehkannya menjangkau lebih ramai orang."



Namun, selain menyokong usaha pembangunan bakat tempatan, WGS juga kerap menyokongi usaha nasional.



Program vaksinasi yang diadakan di WGS menerima lebih 200,000 penduduk yang telah divaksinasi di situ.



Sebagai respons terhadap ketidaktentuan ekonomi pandemik Covid-19, WGS mengadakan Pameran Pekerjaan dan Kemahiran yang dianjurkan dengan kerjasama rakan kongsi seperti Mendaki SENSE dan Institut Pekerjaan dan Daya Kerja (e2i) awal 2021.



Di samping itu, Bandar M Kuasa Tiga yang kesembilan - M3@Geylang Serai - telah diperkenal di WGS.



TAHUN MERAI WANITA S'PURA



WGS juga telah menghasilkan dua program bagi meraih gerakan Tahun Merai Wanita Singapura, #CelebratingSGWomen tahun lalu dengan sebuah drama muzik bertajuk Kakak Current dan In Conversation with Girlfriends bersama hos Fiza O yang telah mengundang Presiden Halimah Yacob untuk berkongsi pengalamannya mengimbangi kerjaya dan keluarga.



"Kami tidak boleh lupakan peranan kami kepada masyarakat, dan menyokong negara dalam usaha nasional," kata Dr Faishal lagi.



"Tahun lalu kami lihat, keperluan masyarakat adalah berkaitan bantuan dari segi pekerjaan semasa pandemik, jadi kami telah mengaturkan program menyusuli itu.



"Sekarang, antara cara kami ingin melangkah ke hadapan adalah dengan bekerjasama bersama rakan tempatan seperti Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) Southeast dan masyarakat di sini untuk memperluas usaha bagi menyumbang kepada kesihatan dan kesejahteraan orang ramai," katanya lagi.



Malah, Sabtu ini, sebagai sambutan tahun baru 2022, WGS ingin mencapai rekod Senaman Tarian Melayu dan Zumba terbesar yang diadakan secara serentak menerusi acara fizikal dan maya.



Dengan itu, Dr Faishal berkata beliau berbesar hati melihat bagaimana pihak WGS telah dapat mengekalka usahanya menonjolkan aspek hiburan, kebudayaan, seni dan bahasa masyarakat semasa pandemik ini.



PEMBANGUNAN BAKAT MELAYU



Beliau berkata, selain program-program sedia ada, WGS akan menerokai bagaimana untuk merangkumi aspek seni dan kebudayaan lain seperti tarian, lakonan dan sebagainya.



"Saya kira mereka dengan sikap yang berani dan saling berinovasi... mereka telah berjaya mengatasi landskap pandemik ini.



"Sepanjang beberapa tahun ini, jangkauan kami dalam talian kian meningkat, dan pada masa yang sama WGS telah menyokong usaha senegara dan menyumbang kepada pembangunan bakat Melayu, dengan menyediakan sebuah ruang untuk seniman dan aktivis kebudayaan meskipun semasa pandemik ini.



"Bagi saya ini satu perkara yang ajaib dilakukan, tetapi ia tetap telah dijayakan oleh kakitangan disebalik WGS."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >