Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kerja naik taraf Jalur Budaya Geylang Serai mula suku kedua 2023

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



KAWASAN sekitar Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex bakal mendapat suntikan nafas baru, sebagai sebahagian daripada usaha merancakkan lagi suasana jalur budaya di Geylang Serai.



Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, berkata kerja naik taraf bagi kawasan tersebut akan bermula dari suku kedua 2023 hingga suku kedua 2024.



"Kawasan Geylang Serai mempunyai sejarah, warisan dan budaya yang kaya dan kami ingin meneroka bagaimana kami boleh menyemarakkan lagi kawasan ini untuk membuatnya lebih menarik bagi rakyat Singapura dan juga pengunjung dari luar negeri," kata Dr Maliki Osman, yang juga Pengerusi bagi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai.



Diumumkan buat kali pertama oleh Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong semasa Rapat Hari Kebangsaan pada 2018, jawatankuasa itu dipimpin oleh Dr Maliki dan merangkumi wakil daripada beberapa agensi pemerintah seperti Persatuan Rakyat (PA), Penguasa Pembangunan Semula Bandar (URA), Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Lembaga Taman Negara (NParks).



Sejak penubuhannya, jawatankuasa itu telah mendekati lebih daripada 10,000 penduduk, termasuk pakar profesional, pegerai, belia dan orang awam untuk menjana idea baru bagi menyegarkan prasarana dan kegiatan di kawasan Geylang Serai.



Pengunjung bakal melihat pembaharuan yang gah bagi kerja naik taraf di Geylang Serai dan ini akan dilakukan secara berfasa.



Di Pasar Geylang Serai, beberapa kemudahan baru akan dipasang termasuk tambahan bagi tempat letak basikal, laluan pejalan kaki dan basikal yang lebih luas, bangku rehat dan juga kawasan khas bagi golongan berkerusi roda semasa menunggu pengangkutan.



Penghantar makanan juga akan dapat menikmati rak-rak basikal baru di tempat letak basikal khas bagi mereka.



Di Joo Chiat Complex pula, sebuah kanopi baru akan dibina di pintu masuk. Sebuah pavilion, tempat permainan kanak-kanak, kawasan rehat dan laluan penghubung terlindung ke perhentian bas akan dibina bagi kemudahan pengunjung.



Selain itu, permukaan Pasar Geylang Serai dan Joo Chiat Complex akan mendapat wajah yang lebih indah dengan lapisan cat baru dan pemasangan lampu berwarna-warni.



Sebuah gerbang baru yang dinamakan Arca Ikonik akan dibina di simpang empat antara Geylang Road dan Joo Chiat Road.



Gerbang yang cukup megah itu melambangkan peralihan daripada bekas penempatan Melayu ke kawasan masyarakat yang kontemporari dan bersemangat.



Ia juga berharap dapat menarik perhatian anak muda dan pengunjung dari luar negeri untuk datang ke Geylang Serai.



Menurut Dr Maliki, jawatankuasa itu telah berusaha mendapatkan idea dan penglibatan daripada anak muda untuk menyemarakkan suasana Geylang Serai.



"Semasa fasa awal projek ini, kami telah menjemput para arkitek muda yang berumur di bawah 45 tahun untuk melibatkan diri dalam projek ini agar kami boleh mendapat idea dan cadangan yang segar dan baru.



"Kami percaya bahawa pandangan anak muda juga penting dalam mewujudkan ruang yang boleh melestarikan budaya serta kekal mampan dan relevan buat generasi-generasi muda yang lain," kata Dr Maliki.



"Kami mahu menarik lebih ramai golongan muda ke Geylang Serai. Biasanya, bila kita bercakap tentang budaya dan warisan, kita sering melihatnya daripada perspektif masa dahulu. Kini, kami mahu melihatnya daripada perspektif masa kini dan masa depan," tambahnya.



Chian Teck Realty Pte Ltd telah dianugerahkan kontrak untuk kerja-kerja pembinaan permukaan.



Sementara itu, BDP Architects (Southeast Asia) Pte Ltd telah dipilih untuk menerajui dan menyelenggarakan projek ini.



Mengulas tentang projek tersebut, Pengarah arkitek BDP Architects, Encik Alexander Chng, berkata:



"Dalam proses pembinaan, kami amat prihatin menggunakan bahan-bahan yang mampan dan tahan lama, supaya kos penyelenggaraan dapat dikawal pada jangka panjang."




"Kami mahu menarik lebih ramai golongan muda ke Geylang Serai.

Biasanya, bila kita bercakap tentang budaya dan warisan, kita sering melihatnya daripada perspektif masa dahulu.

Kini, kami mahu melihatnya daripada perspektif masa kini dan masa depan."

- Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman, yang juga Pengerusi bagi Jawatankuasa Jalur Budaya Geylang Serai. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >