Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Whatsapp akan kongsi nombor telefon pengguna dengan Facebook

Langkah membolehkan Facebook papar iklan kepada pengguna
Aug 26, 2016 | 12:57 PM



KHIDMAT pesanan ringkas global, Whatsapp, semalam mengumumkan ia akan mula mengongsi nombor telefon pengguna dengan Facebook, syarikat induknya.



Ini bermakna, pengguna Whatsapp akan mula melihat lebih banyak iklan sasaran di Facebook - meskipun ia tidak akan dipaparkan di aplikasi Whatsapp itu sendiri.



Langkah secara halus tetapi memberi kesan besar kepada 1 bilion pengguna Whatsapp di seluruh dunia.



Namun Whatsapp memberi jaminan ia akan terus melindungi privasi penggunanya.



Whatsapp akan memberi pengguna masa terhad untuk dikecualikan dari mengongsi maklumat mereka di Facebook, meskipun mereka perlu mengambil langkah lanjut dengan tidak memberi izin kepada Whatsapp untuk mengongsi maklumat peribadi mereka.



Whatsapp juga berkata, ia tidak akan mengepos nombor telefon pengguna di Internet atau memberikannya kepada sesiapa.



Yang jelas, Facebook terus mencari jalan untuk meraih pendapatan dari Whatsapp sejak ia membeli khidmat perhubungan itu pada harga AS$21.8 bilion ($29.5 bilion).



Pada masa yang sama, Facebook telah berikrar untuk tidak melanggar janji yang dibuat pengasas Whatsapp untuk melindungi privasi pengguna dan menjauhkan mereka dari iklan di wadah perhubungan itu.



Menurut WhatsApp, ia akan terus mencegah penayangan iklan secara tradisional dari perkhidmatannya.



"Kami tidak ingin anda mengalami tayangan iklan bertalu-talu," kata syarikat itu semalam yang menyentuh dasar terbaharu yang diperkenalkannya.



Satu perkara lain yang dianggap genting untuk pengguna tahu ialah, Whatsapp berkata ia akan mula "menyelaraskan" akaun dengan Facebook dengan mengongsi nombor telefon bimbit pengguna dan maklumat tentang jenis alat perhubungan yang digunakan mereka, seperti jenis sistem pengoperasian dan ciri-ciri lain telefon bijak yang digunakan pengguna.



Kata syarikat itu lagi, Facebook akan memanfaatkan nombor telefon bimbit yang diterimanya itu bagi kegunaan secara dalaman, agar mereka lebih mengenali identiti pengguna WhatsApp di Facebook, dan dapat memperkenalkan rakan atau menunjukkan iklan yang memenuhi sasaran pengguna.



Menurut Facebook, ia tidak akan mengongsi nombor telefon pengguna dengan pengiklan, memandangkan nombor telefon pengguna adalah berharga kepada Facebook.



Whatsapp berkata, pengguna akan diberi masa 30 hari untuk menerima dasar terbaharu atau menghentikan penggunaannya.



Setelah menerima dasar baharu itu, mereka punya 30 hari lagi untuk memilih untuk tidak berkongsi dengan Facebook.



Whatsapp sebelum ini menjanjikan bahawa setiap perbualan atau perkongsian maklumat antara pengguna akan dienkrip dan tidak membenarkan sesiapapun - termasuk agensi penguatkuasa undang-undang - mendapatkan maklumat perbualan atau data yang dimuatnaik atau dikongsi pengguna sesama mereka.



"Tiada siapa yang boleh melihat isi kandungan mesej pengguna. Bukan juga penjenayah siber atau penggodam. Bukan juga rejim yang menindas dan bukan juga kita," kata pengasas bersama WhatsApp, Encik Jan Koum dan Encik Brian Acton, mengenai langkah syarikat mereka memperkenalkan enkripsi itu.



Whatsapp berjanji enkripsi akan dikekalkan, jadi kedua-dua Whatsapp mahupun Facebook tidak boleh menggunakan segala data itu bagi tujuan pengiklanan.



Whatsapp bermula sebagai khidmat pesanan menerusi teks menerusi wadah Android pada 2014.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >