Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WHO: Pesakit diabetes naik mendadak setiap tahun

Nov 28, 2022 | 05:30 AM



GENEVA: Peratusan pesakit diabetes atau kencing manis naik mendadak tahun demi tahun termasuk dalam kalangan golongan muda di seluruh dunia.Mengikut statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), pesakit diabetes adalah seramai 425 juta orang tahun ini dan dijangka meningkat kepada 522 juta orang, menjelang 2030. WHO juga menganggarkan lebih daripada 200 juta orang di seluruh dunia hidup dengan diabetes dan setiap tahun tujuh juta lagi menghidapnya.Menurut WHO, diabetes meragut tiga nyawa setiap minit di seluruh dunia.Kajian menunjukkan bahawa bagi setiap dua orang yang diketahui menghidap diabetes, terdapat sekurang-kurangnya seorang lagi yang tidak didiagnosis atau dirawat sehingga komplikasinya tidak dapat dipulihkan lagi.Sejak Dr Frederick Banting menemui insulin kira-kira 100 tahun yang lalu di Toronto, Canada, bersama Charles H Best dan JJR Macleod, diabetes telah diisytiharkan sebagai pandemik.




APA ITU DIABETES



Apa itu diabetes? Diabetes adalah keadaan apabila paras gula atau glukosa dalam darah lebih tinggi daripada paras normal yang berpunca daripada kekurangan hormon insulin dalam badan atau peningkatan rintangan badan terhadap insulin.



Secara umumnya, diabetes terbahagi kepada dua jenis. Diabetes jenis satu berlaku apabila pankreas tidak berupaya menghasilkan insulin kerana sel-sel yang menghasilkan insulin sudah dirosakkan oleh sistem imun tubuh sendiri dan ini biasanya memerlukan rawatan suntikan insulin.



Menurut WHO, 90 peratus pesakit diabetes di segenap dunia menghidap diabetes jenis dua.



Diabetes jenis dua pula merujuk kepada insulin tidak sensitif yang sedia ada dalam badan pesakit dan biasanya berlaku kepada mereka yang mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga.



Bagaimanapun, diabetes jenis dua boleh dirawat dengan ubat-ubatan dalam bentuk pil ataupun gabungan bersama rawatan insulin.



Diabetes bukan sahaja merugikan sumber kewangan negara, tetapi juga anggota badan (dipotong), penglihatan (buta), ginjal (kegagalan), jantung (kegagalan) dan saraf (rosak) bagi mereka yang menderitainya.



Diabetes adalah penyumbang terbesar kepada ketidakhadiran atau absenteeism sebanyak 7.9 juta hari bekerja dan ini menyebabkan kehilangan monetari daripada ketidakhadiran ini.



Malah, laporan yang sama juga menyorot suatu lagi fenomena yang begitu jarang disingkap iaitu presenteeism iaitu kehilangan produktiviti yang berlaku apabila seorang pekerja yang tidak bekerja pada keupayaan penuh disebabkan diabetes.



WHO menganggarkan presenteeism yang disebabkan diabetes mengakibatkan kehilangan produktiviti bernilai AS1.3 bilion ($1.79 bilion) .



Selain kehilangan produktiviti, diabetes juga meletakkan beban kesihatan yang serius kepada negara akibat hilang upaya dan kehilangan tahun hidup sihat atau beban kos penyakit.



Sebagai perbandingan, beban kos penyakit diabetes ini jauh lebih tinggi berbanding penyakit kardiovaskular atau berkaitan jantung dan saluran darah dan kanser.



Demi memastikan kelestarian masa depan, WHO menyarankan setiap individu perlu membuat perubahan melalui gaya hidup yang lebih sihat demi mengurangkan beban kewangan berkaitan penyakit diabetes.




LANGKAH PENCEGAHAN



Memerangi diabetes dengan mengambil berat mengenai kesihatan dan memberi tumpuan kepada pencegahan dan pengesanan awal penyakit, kata WHO.



Ini dengan melakukan pemeriksaan bagi memastikan diagnosis awal dua jenis diabetes dan rawatan bagi mengurangkan risiko komplikasi yang serius seperti masalah mata, buta mata, kegagalan buah pinggang, tekanan darah tinggi, serangan jantung, angin ahmar/strok, penyakit saraf, dan hilang jejari kaki atau kaki.



Penyakit diabetes boleh dicegah dan dikawal dengan pengurusan berat badan dan mengamalkan diet yang sihat dengan meningkatkan memakan sayur dan bijirin dan memakan 2-3 hidangan buah-buahan sehari.



Bersenam dengan secara teratur dan konsisten selama 30 minit dengan melakukan aktiviti fizikal secara intensiti sederhana lima kali dalam seminggu, mengurangkan berat badan sebanyak 7 - 10 peratus juga dapat mengurangkan risiko diabetes.



Berhenti merokok juga dapat mengurangkan risiko menghidap diabetes dan penyakit kardiovaskular. Tidak syak lagi cara yang paling berkesan untuk menangani diabetes adalah dengan menjalani gaya hidup yang sihat.



Memandangkan obesiti merupakan faktor penyumbang utama kepada diabetes, keperluan untuk memerangi obesiti adalah penting bagi mengurangkan peningkatan diabetes yang membimbangkan dalam kalangan rakyat, menurut WHO.



Sehubungan itu, WHO menyarankan:



  • Mencapai dan mengekalkan berat badan yang sihat (BMI 18-23kg/m2);

  • Aktif secara fizikal - sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti biasa berintensiti sederhana pada kebanyakan hari. Lebih banyak aktiviti diperlukan untuk mengawal berat badan;

  • Amalkan pemakanan sihat, elakkan gula dan lemak tepu;

  • Elakkan penggunaan tembakau - merokok meningkatkan risiko diabetes dan penyakit kardiovaskular;

  • Kurangkan gula dengan mengurangkan makan makanan dan minuman yang diproses, terutamanya minuman ringan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >