Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

WHO: Puasa bantu kurangi risiko penyakit kronik

Mar 19, 2023 | 05:15 PM



DALAM bulan Ramadan, kita berpeluang untuk merehatkan organ penghadaman yang telah bekerja keras sepanjang tahun. 


Bukan saja merehatkan, kita juga memberi peluang kepada organ tersebut membersihkan “dirinya” dengan syarat kita mengamalkan pemakanan yang betul sepanjang bulan puasa ini.



Dalam konteks moden dan sains, puasa adalah satu cara untuk mengurangkan berat badan, memelihara kesihatan, dan memulihkan keseimbangan hormon.


Mengikut Persatuan Kejururawatan Amerika, puasa adalah “pembatalan sepenuhnya atau sebahagian daripada pengambilan makanan atau minuman dalam tempoh masa yang tertentu”. 


Kajian saintifik telah menunjukkan bahawa puasa dapat memberi manfaat kepada kesihatan. 


Oleh kerana puasa membantu meningkatkan kesihatan dalam jangka panjang, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah mengesyorkan bahawa puasa boleh membantu mengurangkan risiko penyakit-penyakit kronik.


WHO juga mengesyorkan bahawa puasa harus dilakukan dengan berhati-hati, dan orang yang mengalami masalah kesihatan tertentu seharusnya berunding dengan doktor mereka sebelum memulakan puasa.


Berpuasa juga akan memberikan peluang kepada tubuh badan untuk membuang lebihan toksin yang terkumpul di dalam badan.


Dalam 10 tahun ke belakang, penyelidik telah berjaya membuat banyak penemuan terbaru berkenaan kebaikan puasa kepada manusia. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >