Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wisma Geylang Serai suntik kesegaran kepada kawasan Geylang Serai

Jan 26, 2019 | 07:08 PM



WISMA Geylang Serai (WGS) akan menyuntik kesegaran dan kemodenan kepada kawasan Geylang Serai, sambil mengukuhkan identiti serta warisan budaya orang Melayu.


Menyatakan demikian semasa berucap di majlis pembukaan rasmi WGS hari ini (26 Jan), Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong turut meluahkan keyakinan WGS akan menjadi ikon bagi masyarakat Melayu, sambil menarik pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama.


“Sejak sekian lama, Geylang Serai telah menyumbang kepada identiti nasional berbilang kaum kita yang bertenaga dan menjadi kebanggaan semua rakyat Singapura.


“Wisma Geylang Serai mesti mempertahankan semangat perpaduan dan inklusif di kalangan rakyat. Kita harus bersatu hati, seperti peribahasa Melayu, seikat bak sirih, serumpun bak serai.


“Kalau kita mahu Singapura menjadi tanah air yang menawan dan maju jaya buat semua, kita mesti bersatu-padu demi memperkukuhkan masyarakat majmuk kita,” ujar Encik Lee.


Pusat itu, yang terletak di bekas tapak Kampung Melayu Geylang Serai lama, menempatkan pelbagai badan Melayu/Islam, agensi sosial dan pemerintah di bawah satu bumbung.


Antara lain, WGS menempatkan pejabat bersama M kuasa tiga (M3) – Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Yayasan Mendaki dan Majlis Penyelaras Kumpulan Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra), serta pusat sehenti Kurnia@WGS bagi orang ramai mendapatkan khidmat daripada lapan badan Melayu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >