Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Sukan
30
0

Woodlands Warriors FC akhirnya dapat berlatih dalam kumpulan besar

Mar 21, 2022 | 05:30 AM



SETELAH dua tahun tidak dapat bermain bola sepak dengan 11 pemain sepasukan, Woodlands Warriors FC akhirnya dapat berlatih dalam kumpulan lebih besar sehingga 30 individu yang sudah divaksin sepenuhnya dengan sekatan peraturan Covid-19 dilonggarkan sejak 15 Mac.



Rata-rata, pemain bola sepak Woodlands Warriors gembira apabila mendapat tahu berita tersebut dan tidak sabar berlatih untuk pertandingan.



Kelmarin dan semalam merupakan latihan pertama menyusuli kelonggaran peraturan itu.



Penjaga gol bagi pasukan berusia 18 tahun ke atas, Azhari Abdullah, 21 tahun, menyifatkan kelonggaran peraturan itu sebagai satu kebaikan bagi kelab privet itu.



"Ini akan dapat membantu kami sepasukan kerana dengan bilangan pemain yang lebih, kami dapat melatih strategi permainan, kecergasan dan komunikasi di dalam dan luar padang untuk sebagai persiapan pertandingan," ujarnya yang telah bersama kelab itu selama empat tahun.



Pemain midfield Danial Hadi Putra, 18 tahun, pula berkata: "Latihan dengan lebih ramai pemain, lebih menyeronokkan dan saya lebih suka berlatih dengan pasukan besar. Ini juga bermakna saya dapat memahami dan membiasakan gaya permainan rakan sepasukan saya."



Walaupun begitu, pasukan itu masih berhati-hati dan patuh kepada peraturan jarak selamat.



Naib kapten pasukan itu, Muhammad Mikail Ng Zheng Hong, 20 tahun berkata beliau harap pandemik ini akan menjadi norma untuk semua.



"Saya takut jika peraturan diketatkan lagi dan kami tidak dapat berlatih dengan 30 individu. Saya harap kami semua dapat membiasakan diri dalam pandemik ini agar ia tidak menjadi punca kekecewaan untuk mengetatkan peraturan sekali lagi dan kami tidak dapat berlatih secara beramai," ujar pelajar itu.



Had 30 orang bagi sukan berpasukan itu termasuk pemain, jurulatih, dan pengadil, manakala langkah pengurusan selamat lazim yang ditetapkan sebelum dan selepas kegiatan, serta semasa rehat harus terus dipatuhi.



Ujian tidak diperlukan sebelum masuk ke kemudahan sukan selagi semua peserta divaksin sepenuhnya, tetapi mereka amat digalakkan untuk mengambil ujian kendiri sebelum tiba.



Presiden kelab Woodlands Warriors, Muhammad Shahfie Azhar berkata selama ini kelab itu sentiasa patuh pada peraturan dan sekatan Covid-19.



"Kelonggaran peraturan ini banyak membantu kos kelab kami. Sebelum ini, terdapat lebih latihan oleh sebab kumpulan latihan yang kecil. Justeru dengan lebih latihan, lebih jurulatih yang diupah.



"Ujian ART yang tidak diperlukan untuk masuk kemudahan juga menjimatkan kos untuk menyediakan kit kepada pemain," jelas beliau.



Menurutnya juga, kelonggaran itu adalah satu kemajuan yang baik untuk pasukannya dan beliau harap ia tidak akan berubah-ubah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >