GRC JALAN BESAR

WP tak gentar berdepan pasukan berpengalaman

PARTI Pekerja (WP) bersedia memberi persaingan sengit kepada Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Jalan Besar dengan sebuah pasukan yang disifatkan mereka sebagai cukup mantap bagi menangani keprihatinan penduduk.

Pasukan WP yang terdiri daripada Cik Frieda Chan, Encik L. Somasundaram, Encik Redzwan Hafidz Abdul Razak dan Encik Adrian Sim berkata mereka tidak gentar berdepan dengan pasukan PAP yang berpengalaman.

$0.99/bulan
Selama enam bulan*!
Hubungi 6388 3838
*Sah hanya dengan langganan setahun