Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Wunderground di Tampines West harap tingkat niaga setempat ke tahap antarabangsa

Oct 06, 2023 | 07:58 PM



Pelanggan boleh menjangkakan pengalaman unik apabila mengunjungi peruncit di edisi kedua Wunderground di Tampines West.

Acara itu merupakan inisiatif tiga tahun oleh Persatuan Peruncit Singapura (SRA) yang bertujuan mengubah sektor runcit dan gaya hidup di Singapura.

Sehingga kini, terdapat 35 kumpulan – mewakili lebih 70 syarikat – yang mempamerkan perniagaan mereka di Wunderground 2023 melalui koleksi jenama bersama, promosi antara jenama dan kerjasama edisi terhad.

Encik Ernie Koh, Presiden SRA, berharap melalui acara serupa, Singapura akan dapat mempertingkat persekitaran runcitnya dan akhirnya membawa jenama setempat ke peringkat antarabangsa.

“Tidakkah anda mahu, apabila anda menaiki pesawat Singapore Airlines, makanan yang dihidangkan adalah daripada sebuah gerai tempatan di Tampines West, sebagai contoh?” tanya beliau.

Encik Koh menambah, beliau ingin menimbulkan perasaan bangga terhadap jenama setempat.

Beliau juga berkongsi bahawa pengalaman membeli-belah di Singapura telah menjadi membosankan kerana dipenuhi jenama antarabangsa.

Encik Koh berharap dengan meningkatkan prestasi jenama setempat, ia akan menggalakkan lebih banyak kerjasama, bukan sahaja dengan jenama setempat lain, malah dengan jenama antarabangsa untuk memeriahkan persekitaran membeli-belah di Singapura.

“Saya perhatikan bahawa mereka yang datang ke Wunderground terperanjat melihat ada gerai seperti ini di Tampines West,” kata Encik Ang King Keong, pengerusi Persatuan Peniaga Tampines West (TWMA).

Antara gerai yang mengambil bahagian di Wunderground adalah perniagaan keluarga, Lemaq, yang menjual hidangan seperti daging masak hijau dan kuih-muih seperti kuih jongkong.

“Terdapat banyak peruncit dan potensi kerjasama di Wunderground. Sukar untuk mempertingkat perniagaan secara bersendirian. Dengan adanya acara seperti Wunderground, terdapat banyak peluang untuk berkembang,” kata pengurus operasi Lemaq, Encik Muhammad Adnin Suhaimi, 25 tahun.

Wunderground di Tampines West dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, pada 6 Oktober 2023.

“Wunderground di Tampines West akan membuat penduduk Tampines berasa teruja dengan pengalaman gaya hidup daripada syarikat setempat Singapura dalam suasana yang meriah.


“Mari bersama-sama menyokong perniagaan setempat kita semasa mereka mempamerkan kerjasama inovatif mereka,” kata beliau, yang juga penasihat akar umbi GRC Tampines.

Wunderground di Tampines West akan berlangsung dari 6 Oktober ke 15 Oktober.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >