Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob: Muslim S'pura prihatin, beri bantuan kepada penduduk Rohingya

Jan 08, 2017 | 05:30 AM



MASYARAKAT Islam Singapura prihatin terhadap nasib penduduk Rohingya di Myanmar dan ramai telah memberi sokongan mereka bagi mangsa yang terjejas melalui usaha bantuan kemanusiaan yang diadakan.



Menyatakan demikian, Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, yang juga Menteri Perhubungan dan Penerangan, menambah bahawa salah satu usaha tersebut termasuk pengumpulan dana yang telah dianjurkan Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) baru-baru ini.



Namun begitu, Dr Yaacob menekankan bahawa rakyat Singapura tidak seharusnya campur tangan dalam hal politik negara lain.



"Kita sememangnya prihatin terhadap apa yang berlaku terhadap masyarakat Islam di negara lain.



"Apa yang kita boleh lakukan buat mereka adalah memberi sokongan melalui bantuan kemanusiaan.



"Kita tidak seharusnya campur tangan dalam keadaan politik negara itu, biarkan sahaja hal itu kepada pemimpin kita," ujarnya.



Menurut Dr Yaacob, umat Islam di Singapura dapat menghulurkan bantuan mereka kepada penduduk Rohingya yang terjejas melalui dua cara.



"Pertama, kita seharusnya sentiasa berdoa supaya mereka selamat dan terlindung daripada bahaya; dan kedua, kita juga harus meningkatkan usaha kemanusiaan, sejauh mana yang kita mampu," katanya.



Dr Yaacob menambah bahawa Muis sudah pun mengumumkan bahawa mereka akan mengumpul dan mengagihkan dana untuk membantu penduduk Rohingya.



"Untuk itu kita seharusnya menantikan peluang mengunjungi kawasan itu bersama-sama dengan badan bukan pemerintah (NGO) yang berminat sebaik sahaja terdapat laluan yang selamat.



"Saya rasa ini merupakan cara yang penting untuk kita melihat sendiri serta memahami apa yang sedang berlaku di kawasan itu," ujarnya.



Dr Yaacob menambah bahawa beliau berharap lebih banyak kegiatan seperti ini dapat diadakan dalam masa yang terdekat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >