Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:10
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Yaacob prihatin penangkapan warga asing bawah ISA

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Yaacob prihatin penangkapan warga asing bawah ISA

Jan 20, 2016 | 05:24 PM

MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, melahirkan keprihatinan beliau atas penangkapan 27 warga Bangladesh yang bekerja di sini di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Saya amat prihatin tentang penahanan sekumpulan pekerja Bangladesh yang meradikalkan diri di Singapura.

"Keganasan adalah satu ancaman yang berterusan yang boleh memberi kesan serius kepada kita semua.

"Saya merayu agar kita lebih berhati-hati, sama ada terhadap ajaran radikal dan ideologi, atau mana-mana aktiviti yang mencurigakan di sekeliling kita.

"Pada masa yang sama, saya berharap kita akan terus bersatu dan tidak mengambil jalan keluar dengan mendiskriminasi pekerja asing di sini.

"Tindakan beberapa orang tidak boleh menentukan bagaimana kita melayan orang lain yang telah bekerja keras untuk membina rumah, sekolah dan hospital kita.

"Kita semua, tidak kira bangsa, bahasa atau agama, mempunyai peranan untuk dilakukan.

"Dengan perpaduan dan ikatan kepercayaan yang kukuh, saya yakin kita boleh mengatasi ancaman ini sebagai satu rakyat," katanya.

Siasatan menunjukkan kesemua 27 orang ini menyokong ideologi jihad bersenjata yang dilakukan kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3