Yaacob puji kesungguhan warga Bangladesh dampingi masyarakat setempat
Sekumpulan warga Bangladesh kumpul dana lebih $4,000 bagi majlis iftar di Masjid Darul Aman
Jun 20, 2016 | 05:30 AM
SEMANGAT sukarelawan pekerja asing terutamanya warga Bangladesh di masjid-masjid setempat jelas menunjukkan kesungguhan mereka mahu mendampingi masyarakat di sini.
Kesungguhan itu, menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dapat dilihat apabila mereka bukan sahaja menjadikan Singapura tempat mencari rezeki malah keinginan mahu berinteraksi dengan masyarakat setempat.