Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yaacob sanjung bakti Halimah bimbing masyarakat Melayu/Islam

Aug 25, 2017 | 05:30 AM



KETEKUNAN menabur bakti demi membantu golongan memerlukan, terutama wanita, dan kesungguhan membimbing masya- rakat Melayu/Islam agar berintegrasi dengan keluarga besar Singapura, adalah warisan yang ditinggalkan mantan Speaker, Cik Halimah Yacob.



Demikian menurut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, dalam satu catatan di Facebook.



Beliau turut memuat naik foto Anggota Parlimen (AP) Melayu dulu dan sekarang bersama Cik Halimah semasa jamuan malam yang diadakan sebagai menghargai sumbangan mantan AP itu, yang melepaskan jawatannya untuk bertanding dalam Pilihan Raya Presiden yang dijadual berlangsung bulan depan.



Antara yang hadir di jamuan itu termasuk Menteri Sekitaran dan Sumber Air, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Menteri Negara Kanan (Ehwal Luar merangkap Pertahanan), Dr Mohamad Maliki Osman; dan mantan AP termasuk Encik Zainul Abidin Rasheed dan Encik Othman Haron Eusofe.



"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Halimah atas sumbangannya... saya harap dalam tahun-tahun mendatang, dalam apa juga kapasitinya, beliau akan dapat meyakinkan masyarakat agar memandang melampaui kaum, menilai melebihi jantina dan tidak mengadili berdasarkan agama, sekali gus menjadi kan Singapura yang benar-benar bersatu," kata Dr Yaacob dalam catatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >