LEBIH 5,000 pelajar setahun di Yogyakarta dijangka memanfaatkan program perpustakaan bergerak yang dilancarkan Yayasan Antarabangsa Singapura (SIF) di sana semalam, kali kedua program itu diadakan di Indonesia.
Dijadual berlangsung selama tiga tahun, program Words on Wheels (WoW) itu menawarkan bahan pendidikan bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia, sumber teknologi maklumat (IT) dan prasarana pembelajaran secara percuma ke 10 sekolah di Yogyakarta.