Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Belia SG tunjuk tabah, daya tahan dan tanggungjawab sosial semasa Covid-19

Jun 19, 2022 | 05:30 AM



BELIA di sini mungkin terlepas banyak pengalaman akibat pandemik Covid-19, tetapi mereka juga memperoleh ketabahan, daya bingkas dan rasa tanggungjawab sosial kuat, kata Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, semalam.



Bercakap dalam sesi Dialog Suara Varsiti, beliau berkata bahawa orang muda di Singapura terpaksa membatalkan perjalanan atau latihan amali di luar negara, dan majlis tamat pengajian mereka.



Atlet juga, katanya, tidak dapat menyertai Sukan Sekolah Nasional, dengan ramai pelajar tidak mempunyai upacara yang menandakan tamat pengajian mereka dengan betul.



Kira-kira 250 pelajar politeknik, maktab rendah, Institut Pendidikan Teknikal dan universiti, serta pelbagai ahli fakulti, menghadiri sesi tertutup itu, yang diadakan di Pusat NTUC di Marina Boulevard.



Sesi itu melibatkan dialog mengenai tanggapan belia tentang kesan pandemik Covid-19 terhadap masyarakat serta cabaran dan kebimbangan hidup dengan endemik virus itu.



Dalam ucapannya, Encik Ong berkata ada keperluan untuk menjadikan dunia ini lebih baik selepas pandemik ini, dan menyentuh tentang pelbagai cara Covid-19 telah mempercepat perubahan di sini dalam sektor pendidikan, pengangkutan dan penjagaan kesihatan.



Beliau menarik perhatian bahawa belia pada masa sekarang menghadapi cabaran seperti peningkatan risiko konflik geopolitik, perubahan iklim, teknologi yang membentuk semula cara kehidupan, dan "krisis pandemik global paling teruk dalam dunia moden".



Tetapi, beliau juga menekankan pelbagai usaha pelajar untuk membantu mereka di sekeliling semasa pandemik Covid-19, termasuk menghantar makanan kepada mereka yang menjalani kuarantin, menyerahkan bilik mereka di asrama kepada pekerja asing, dan mengendalikan pusat vaksinasi serta pusat panggilan pandemik.



"Walaupun anda telah hilang sesuatu, anda mendapat penghormatan sebagai generasi yang melalui kehidupan sekolah semasa pandemik ini.



"Anda kehilangan sesuatu, tetapi anda juga memperoleh banyak perkara, dari segi ketabahan, dari segi daya tahan dan rasa tanggungjawab sosial yang kuat itu," kata Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >