Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Kemudahan jagaan peralihan hospital akan diperkukuh

Mar 22, 2023 | 05:30 AM



SINGAPURA akan memperkukuhkan keupayaan hospital yang mempunyai Kemudahan Jagaan Peralihan (TCF) dan menubuhkan sebuah Agensi Penyakit Berjangkit (CDA) baru bagi memantau kesediaan, pencegahan dan penilaian risiko penyakit, umum Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.



Undang-undang juga akan dipinda untuk menggantikan Syarat Sistem Respons Wabak Penyakit (Dorscon) berdasarkan warna, dengan satu rangka kerja empat peringkat berdasarkan keadaan, bagi membolehkan Singapura menangani lebih banyak jenis senario.



Ini antara perubahan yang akan dilakukan kepada sistem penjagaan kesihatan negara ini pascapandemik.



Mendedahkan hal ini semasa perbahasan Kertas Putih Covid-19 di Parlimen pada Selasa, Encik Ong berkata sejauh mana sesebuah negara itu berjaya semasa pandemik, bergantung kepada tiga keputusan penting, yang telah dilakukan dengan baik oleh Singapura.



Ia tidak menjadikan hospital satu-satunya langkah pertahanan utama dalam menangani pandemik, mencapai liputan vaksinasi yang tinggi dan membuka sempadan pada masa yang tepat.



Walau demikian, Covid-19 tetap merupakan satu pengalaman yang memberikan kesedaran, dengan banyak pengajaran yang boleh ditimba dan digunakan dalam memperbaiki diri apabila menghadapi pandemik seterusnya, kata Encik Ong.



Satu pengajaran penting ialah dalam memperkukuhkan keupayaan hospital. Semasa pandemik Singapura menubuhkan 500 katil TCF di lima tapak, yang dikendalikan oleh pengendali privet.



"Ia adalah sama seperti kami menambah 500 katil tambahan di hospital akut kami.



"Justeru kami memutuskan yang TCF akan menjadi ciri jangka sederhana mahupun jangka panjang dalam sistem penjagaan kesihatan kita. Kami akan mengekalkan kemudahan sekarang termasuk terus menggunakan Dewan 9 di Changi Expo sebagai TCF," ujar Encik Ong.



Memandangkan di kawasan barat tiada kemudahan itu, makanya, pemerintah akan mula membina TCF dalam beberapa bulan ini, yang berhampiran dengan Hospital Besar Ng Teng Fong.



Encik Ong melahirkan tekad Singapura untuk belajar daripada krisis itu dan memperbaiki pelbagai aspek penjagaan kesihatan untuk menjadikan ia lebih berdaya tahan.



Dalam hal ini, CDA baru akan ditubuhkan untuk memantau kesediaan menghadapi penyakit, mencegah dan mengawal penyakit, memantau, menilai risiko dan respons penularan di Singapura.



"Ia akan menyepadukan fungsi kesihatan awam yang relevan yang kini ada di Kementerian Kesihatan (MOH), Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID) dan Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB).



"Selain itu, Makmal Kesihatan Awam Nasional akan dipindahkan ke CDA, yang akan mengekalkan pemantauan kemudahan klinikal di NCID," terang Encik Ong.



Sementara itu, Akta Penyakit Berjangkit (IDA) akan dipinda untuk menangani senario lebih luas.



Ia akan menggantikan rangka kerja Dorscon dengan sistem lebih intuitif untuk memaklumkan orang ramai tentang keadaan kesihatan awam.



Sistem baru itu mempunyai empat peringkat ancaman - peringkat asas yang mencerminkan keadaan aman, pengurusan penularan, ancaman kesihatan awam dan kecemasan kesihatan awam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >