Ye Kung kongsi cara atasi ketidaksaksamaan masyarakat di sidang G7 Perancis
Jul 06, 2019 | 05:30 AM
PENDEKATAN Singapura untuk mengatasi ketidaksaksamaan bukanlah dengan menutup bahagian atas dan mengehadkan potensi mereka, tetapi dengan melabur dalam golongan bawahan sekali gus membantu mereka mempertingkatkan diri.
Demikian dinyatakan Menteri Pendidikan, Encik Ong Ye Kung, semasa berucap di perbincangan meja bulat di mesyuarat Kumpulan 7 (G7) bagi Menteri Pendidikan di Sevres, Perancis, kelmarin.