Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Tiada lagi katil khas bagi pesakit Covid-19

Nov 22, 2022 | 05:30 AM



MOH sedang berusaha meringankan beban kerja pekerja jagaan kesihatan dengan menangani masalah kekurangan tenaga kerja.



Dalam ucapannya di Majlis Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan ke-16 di Sekolah Perubatan Lee Kong Chian semalam, Encik Ong berkata peranan jururawat akan terus berkembang pada tahun-tahun akan datang.



Jururawat akan memainkan peranan penting dalam menyokong pesakit untuk membaiki dan mengekalkan kesihatan mental, fizikal dan tingkah laku mereka dalam masyarakat.



Mereka boleh mendidik pesakit tentang pemeriksaan kesihatan yang disyorkan dan pelarasan gaya hidup yang ditetapkan dalam protokol penjagaan.



Jururawat juga akan diberikan sokongan latihan untuk membantu mereka meningkatkan kemahiran dan keyakinan untuk mengambil peranan baru dan lebih bermakna.



Dalam pada itu, beliau berkata hospital akan secara beransur-ansur tidak lagi mengenepikan premis dan wad hospital yang berasingan untuk mengasingkan pesakit Covid-19.



Peralihan itu dilaksanakan kerana hospital mempunyai pelbagai langkah pengasingan untuk pesakit yang menghidap penyakit berjangkit.



Ia akan dilakukan secara progresif dalam usaha membantu mengurangkan keadaan sesak di hospital seluruh negara.



Jabatan kecemasan (ED) di hospital sesak kerana pandemik itu telah mengurangkan bekalan katil hospital yang tersedia, menyebabkan beberapa pesakit di ED terpaksa menunggu lama untuk dimasukkan wad.



Walaupun situasi telah bertambah baik dengan keredaan gelombang XBB, Kementerian Kesihatan (MOH) sedang berusaha untuk mengurangkan lagi penggunaan katil dengan memperluaskan Kemudahan Jagaan Peralihan (TCF) dan tidak akan lagi mendedikasikan katil khas untuk pesakit Covid-19.



Walaupun Singapura mempunyai kadar vaksinasi yang tinggi, mengambil pendekatan endemik dalam masyarakat menyebabkan beban kerja yang bertambah di hospital di seluruh negara.



Konsep merawat Covid-19 sebagai penyakit endemik harus diperluaskan ke hospital, sebagaimana ia diterapkan dalam masyarakat.



"Hospital mempunyai pelbagai langkah pengasingan untuk pesakit yang menghidap penyakit berjangkit, dan tidak lagi memerlukan premis dan wad hospital yang berasingan hanya untuk pesakit Covid-19," kata Encik Ong.



Untuk menyelesaikan masalah hospital yang sesak, MOH akan beralih untuk meningkatkan Kemudahan Jagaan Peralihan (TCF) dan tidak akan lagi mendedikasikan katil khas untuk pesakit Covid-19.



TCF menerima pesakit yang stabil dari hospital awam sementara menunggu pemindahan ke kemudahan jagaan jangka panjang atau untuk pelepasan.



Beliau menjelaskan bagaimana amalan sebelum ini menambah beban kerja yang ketara kepada pekerja jagaan kesihatan.



Semalam, sekitar 10 jururawat cemerlang dari kedua-dua institusi jagaan kesihatan awam dan swasta telah dianugerahkan Anugerah Kejururawatan Tan Chin Tuan.



Anugerah berprestij itu mengiktiraf kecemerlangan dan dedikasi mereka dalam jagaan pesakit dan menyumbang untuk meningkatkan profil pekerjaan kejururawatan.



Sejak penubuhannya pada 2006, 160 daripada 6989 jururawat di Singapura telah diberi anugerah tersebut.



"Jururawat layak mendapat pengiktirafan atas usaha gigih yang mereka lakukan untuk pesakit mereka. Saya berterima kasih kepada Yayasan D.S. Lee dan Yayasan Tan Chin Tuan kerana menyokong anugerah ini selama 16 tahun yang lalu," kata Encik Ong.



Anugerah itu mengiktiraf jururawat yang menjadi contoh dalam dedikasi mereka kepada pesakit, menunjukkan kecemerlangan dalam jagaan dan memberi sumbangan besar kepada pekerjaan kejururawatan dan masyarakat.




“Hospital mempunyai pelbagai langkah pengasingan untuk pesakit yang menghidap penyakit berjangkit, dan tidak lagi memerlukan premis dan wad hospital yang berasingan hanya untuk pesakit Covid-19.”
– Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >