Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Tukar ke pengangkutan awam cara terbesar kurangi pelepasan karbon

Matlamat tingkat jumlah penumpang waktu sibuk daripada 64% kepada 75% boleh dicapai
Apr 24, 2021 | 05:30 AM



CARA paling besar mengurangkan pelepasan karbon ialah dengan beralih ke arah penggunaan pengangkutan awam, yang kekal menjadi tulang belakang sistem pengangkutan darat di Singapura, kata Menteri Pengangkutan, Encik Ong Ye Kung.



Beliau berkata matlamat meningkatkan bilangan penumpang pengangkutan awam pada waktu sibuk daripada 64 peratus kepada 75 peratus menjelang 2030 dapat dicapai sedang Singapura terus membangunkan sistem itu.



Encik Ong menyatakan demikian dalam ucapannya di sambutan ulang tahun ke-25 Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) semalam.



Beliau menerangkan tentang empat teras Kertas Putih yang dibentang pada 1996 untuk mencapai misi LTA tidak lama setelah ia ditubuhkan.



Encik Ong berkata Pelan Induk Pengangkutan Darat (LTMP) 2040 yang dilancarkan dua tahun lalu masih bergantung pada teras asas yang disebutkan dalam Kertas Putih 1996, tetapi cara ia diterjemah dan dilaksana telah berubah kerana keadaan kini berbeza dan harapan serta impian warga telah berubah.



Antaranya, Singapura telah melangkah daripada pengurusan permintaan bagi pemilikan dan penggunaan kenderaan dalam negara yang kurang tanah ini ke pengurusan pelepasan karbon kenderaan.



"Hari ini, dengan pelancaran Pelan Hijau Singapura, pembangunan lestari telah ditonjolkan ke depan, dan telah menjadi kepentingan seluruh negara.



"Oleh itu, kita telah memulakan usaha bercita-cita tinggi mengubah populasi kenderaan kita agar menggunakan tenaga lebih bersih menjelang 2040. Ini akan merangkumi bas awam kita. Pengendali juga sedang mengubah teksi mereka," kata Encik Ong.



Singapura juga telah beralih daripada membangunkan ke mendalamkan keupayaan pengangkutan awam.



"Pada tahun-tahun awal penubuhan LTA, tumpuan kami ialah mengembangkan sistem pengangkutan awam secara fizikal, terutama kereta api. Tetapi hari ini ia juga tentang usaha sedar mendalamkan keupayaan, sedang kita mengendalikan sistem semakin rumit dan menyeluruh," katanya.



Usaha pembangunan keupayaan itu termasuk menaik taraf sistem kuasa dan isyarat rangkaian kereta api.



Encik Ong juga berkata pengurusan bersepadu melibatkan pengangkutan, bandar dan penggunaan tanah akan perlu beralih daripada tiga ke empat dimensi dalam dunia pasca-Covid-19 untuk turut mengambil kira masa dan tujuan.



Singapura juga telah beralih daripada membangunkan rangkaian jalan raya menyeluruh ke rangkaian mobiliti yang menampung pengangkutan alternatif seperti basikal, berlari dan berjalan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >