Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ye Kung: Vaksinasi Covid-19 kanak-kanak dapat sambut baik

Nov 04, 2022 | 05:30 AM



VAKSINASI Covid-19 bagi kanak-kanak kecil telah mempunyai kadar pengambilan yang baik, kata Menteri Kesihatan Encik Ong Ye Kung.



Dalam satu pos di Facebooknya semalam, beliau berkata: "Sehingga 1 November 2022, seramai 14,000 kanak-kanak berusia enam bulan hingga empat tahun telah membuat prapendaftaran atau menerima vaksin Spikevax Moderna.



"Seramai 20,000 kanak-kanak antara lima dengan 11 tahun telah mendaftarkan terlebih dahulu ataupun telah menerima dos penggalak Comirnaty Pfizer-BioNTech.



"Sejak kami melancarkan vaksinasi utama untuk kanak-kanak, ia telah mendapat pengambilan yang baik."



Beliau juga menambah, demi memudahkan lagi keluarga yang mempunyai lebih seorang anak, adik-beradik yang mempunyai janji temu pada Isnin hingga Khamis untuk menerima vaksinasi dibenarkan mendapatkan vaksinasi pada masa yang sama, tanpa memerlukan lagi satu janji temu.



Aturan baru itu akan dimulakan pada 7 November 2022.



Ibu bapa perlu membawa bersama dokumen pengenalan anak-anak mereka untuk pendaftaran.



Mereka juga harus tiba di pusat vaksinasi (VC) sebelum 5.30 petang pada hari Isnin hingga Khamis.



Dalam pos Facebooknya, Encik Ong menggalakkan mereka yang layak menerima vaksinasi supaya mendapatkan suntikan vaksin secepat mungkin.



Vaksinasi untuk kanak-kanak bawah lima tahun bermula 25 Oktober lalu di lima lokasi di seluruh Singapura, termasuk One Punggol, Our Tampines Hub dan Pusat Masyarakat Queenstown.



Walaupun kanak-kanak kurang berkemungkinan mengalami penyakit teruk akibat Covid-19, pakar berkata vaksinasi boleh mengurangkan risiko jangkitan dan penyakit serius, serta kejadian sindrom keradangan berbilang sistem pada kanak-kanak (MIS-C).



MIS-C ialah kondisi yang jarang berlaku, menjejas sesetengah kanak-kanak dalam tempoh beberapa minggu selepas dijangkiti virus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >