Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Rencana
33
0

ANTARA YANG MENARIK DI 'THE BM SHOW' ESOK

Yuk 'turun padang' tinjau semangat juang jelang Piala Suzuki AFF

Dec 04, 2021 | 05:30 AM



Mungkinkah Sorakan Kallang akan kembali bergegar tahun ini dengan kehadiran Kejuaraan AFF? Tahun ini, Singapura menjadi tuan rumah kepada kejuaraan tersebut yang pernah menyaksikan pasukan Singa merebut gelaran juara pada 2012. Apakah kemenangan dapat diulangi? Dalam 'The BM Show' minggu ini, kami mengimbau kenangan manis pemain dan juga peminat bola sepak. Koresponden Shahida Sarhid menemu ramah antara penyerang terbaik negara, Indra Sahdan, untuk mendapatkan pengamatannya berhubung peluang dan prestasi pasukan Singa. Beliau sempat mengimbas kemeriahan menjulang trofi selain mengulangi tendangan bola yang dijaringkan semasa menentang pasukan Manchester United apabila pasukan itu bertandang ke Singapura dulu. Di samping itu, koresponden Irma Kamarudin menemui dua peminat setia pasukan Singa yang tetap ghairah menyokong pasukan negara. Dalam segmen Gah! pula, Penolong kepada Editor, Hanim Mohd Saleh meninjau galeri seni Kamal Dollah di Wisma Geylang Serai serta mendapatkan pandangan beliau berhubung karya seni batiknya serta penerimaan masyarakat terhadap seni. Tonton 'The BM Show', episod kelima, bermula 10 pagi esok di Facebook dan Instagram Berita Harian Singapura.



DEMAM bola sepak melanda negara pada hujung tahun ini sedang Singapura menjadi tuan rumah Piala Suzuki AFF 2020.



Sorakan riuh penyokong setia bola sepak bakal menggegarkan stadium Hab Sukan Singapura untuk memberikan sokongan padu kepada pasukan Singa.



Kemeriahan inilah yang sudah lama dinanti-nantikan dua penyokong 'die-hard' pasukan Singapura, ketua kelab penyokong bola sepak Die Hard Fans (DHF) Singapura, Encik Akbar Hashim, dan Encik Muhammad Faizal Jamil.



Sempena Piala Suzuki AFF ini, The BM Show turut 'turun padang' untuk menemu ramah mereka berdua dan juga bekas pemain penyerang negara, Indra Sahdan Daud, dalam segmen Singapura episod kelima esok.



Akibat pandemik Covid-19, Encik Akbar dan Encik Faizal sudah lama tidak berpeluang menonton perlawanan bola sepak secara fizikal.



Oleh itu, perlawanan melibatkan pasukan Singa dalam Piala Suzuki AFF sesuatu yang amat mereka berdua nanti-nantikan.



"Kalau bermain dekat negeri sendiri, mereka mesti nak menang dan mereka akan bermain lebih baik daripada biasa kerana mereka mahu menunjukkan kepada penonton dan penyokong bahawa mereka pasukan yang baik. Disebabkan itu, tetap kita memang sokong Singapura," kata Encik Akbar, 61 tahun.



Singapura pernah menjulang Piala AFF sebanyak empat kali, dengan kali terakhir pada 2012.



Encik Faizal, 37 tahun, berharap sejarah kemenangan kali terakhir itu dapat diulangi lagi pada tahun ini.



"Kenangan pada 2012 itu masih lagi segar dalam ingatan kami... Kami berharap pasukan Singa dapat memberikan yang terbaik," kata beliau.



Sementara itu, meskipun rasa optimistik bagi pasukan Singa kurang bagi perlawanan piala tahun ini selepas mereka tewas dalam semua perlawanan persahabatan, bekas penyerang nasional, Indra Sahdan, mengingatkan kembali apa yang berlaku pada 2004.



Pada 2004, Singapura berjaya menjulang piala itu walaupun telah kalah dalam semua perlawanan persahabatan yang diadakan sebelum itu, kata beliau.



"Saya rasa dalam 10 atau 11 perlawanan, semua kita kalah and kemudian ramai peminat Singapura tidak beri harapan kepada pasukan Singapura. Tetapi akhirnya, kita dapat memenangi piala itu.



"Oleh itu, saya harap pasukan yang sekarang ini akan mengulangi apa yang pasukan 2004 telah lakukan. Saya benar-benar mengharapkan yang terbaik bagi pasukan sekarang ini," kata beliau.



Saksikan temu ramah bersama mereka dalam episod kelima The BM Show mulai 10 pagi esok di Facebook dan Instagram Berita Harian serta laman BH.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >