Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yuran prasekolah disokong pemerintah lebih rendah mulai 2023

Lagi 22,000 tempat prasekolah ditawar jelang 2024
Oct 30, 2022 | 05:39 AM



IBU bapa yang mempunyai anak di prasekolah yang disokong pemerintah akan membayar yuran lebih rendah mulai tahun depan.



Sekitar 22,000 lagi tempat akan ditawarkan di lima prasekolah tersebut menjelang 2024.



Demikian diumumkan Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad semalam.



Berucap di acara Sambutan Awal Kanak-Kanak 2022 (ECC) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Suntec melalui video semalam, Encik Masagos berkata:



"Ibu bapa tidak perlu bimbang. Kami akan memastikan bahawa prasekolah yang disokong pemerintah akan menjadi lebih dimampui."



Mulai 1 Januari tahun hadapan, had yuran penjagaan kanak-kanak sepenuh hari di pusat pengendali utama dan pusat pengendali rakan kongsi akan dikurangkan sebanyak $40.



Ini bermakna had yuran bagi pusat pengendali utama akan turun kepada $680 sebulan dan pusat pengendali rakan kongsi pula $720 sebulan.



Had yuran tidak termasuk Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), kata Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (Ecda).



Had yuran penjagaan bayi sepenuh hari juga akan diturunkan sebanyak $40 kepada $ 1,235 bagi pusat pengendali utama dan $1,290 bagi pusat pengendali rakan kongsi.



Had yuran tadika bagi pusat pengendali utama juga akan dikurangkan sebanyak $10 hingga ke $150 sebulan.



Ini adalah kali pertama had yuran bagi pengendali utama akan disemak sejak ia diperkenal pada 2014. Had yuran bagi pengendali rakan kongsi juga telah diturunkan baru-baru ini, pada 2021.



Dengan adanya had yuran, pengendali rakan kongsi dan pengendali utama tidak boleh mengenakan bayaran yang melebihi jumlah tersebut.



Ecda mengatakan bahawa sekitar 100,000 kanak-kanak di Singapura akan meraih manfaat daripada kadar had yuran yang diturunkan.



"Seperti yang diumumkan pada 2019, sasaran kami adalah untuk menurunkan yuran penjagaan kanak-kanak sepenuh hari di prasekolah yang disokong pemerintah, di mana sebelum subsidi ujian kemampuan, keluarga dwipendapatan akan membayar hampir sama dengan yuran sekolah rendah dan yuran penjagaan pelajar selepas sekolah," tambah Encik Masagos lagi.



Berita tersebut dialu-alukan ibu bapa yang ditemui Berita Minggu (BM) di acara tersebut, termasuk Cik Siti Zubaidah Yatiman.



Jururawat berusia 34 tahun itu mempunyai dua anak lelaki yang bersekolah di prasekolah Sparkletots di Braddell Heights.



"Langkah ini akan membantu terutama bagi keluarga yang mempunyai ramai anak kecil. Yuran prasekolah terutama bagi penjagaan bayi adalah sangat tinggi dan langkah mengurangkannya pasti akan membantu," kata beliau yang akan melahirkan seorang lagi cahaya mata Disember ini.



Sementara itu, perbelanjaan tahunan pemerintah bagi sektor pendidikan awal kanak-kanak telah meningkat daripada $1 bilion pada 2018 kepada $1.8 bilion pada 2021.



Ini dijangka berganda dalam tempoh beberapa tahun akan datang, kata Encik Masagos.



Selain had yuran yang akan diturunkan, Ecda akan bekerjasama dengan lima pengendali utama bagi menyediakan 22,000 tempat tambahan di prasekolah sepenuh hari, kata Encik Masagos.



Lima pengendali utama itu ialah PCF Sparkletots, My First Skool, MY World Preschool, Skool4Kidz dan E-bridge Preschool.



Laporan lanjut: Kenaikan gaji 10-30% bagi guru prasekolah




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >