Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Yusnor Ef, Allahyarham Kassim Masdor diiktiraf industri muzik setempat

Sep 27, 2022 | 05:30 AM



PENULIS lirik veteran, Encik Yusnor Ef, dan komposer terkenal, Allahyarham Kassim Masdor, mendapat pengiktirafan tertinggi dalam industri muzik negara apabila diberikan Anugerah Pencapaian Seumur Hidup oleh Persatuan Penggubah dan Penulis Lirik Singapura (Compass) atas sumbangan mereka kepada muzik tanah air.



Encik Yusnor, 85 tahun, yang kelihatan uzur dan bergerak menggunakan kerusi roda, menerima penghormatan itu daripada Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia), Cik Low Yen Ling, dalam Majlis Penyampaian Anugerah Compass ke-25 tahun kelmarin.



Anugerah bagi Allahyarham Kassim pula diterima oleh anaknya, Encik Kasturi Kassim.



Majlis di Marina Bay Sands Ballroom itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Compass, Dr Edmund Lam; Pengerusi Compass, Profesor Jeremy Monteiro; serta pemuzik tanah air termasuk komposer serta selebriti berbilang bangsa.



Menguatkan diri untuk berdiri bagi menerima anugerah itu, Encik Yusnor, berkata:



"Dalam apa pun bidang yang kita ceburi, kita mesti buat yang terbaik dan bersungguh-sungguh. Tak boleh main-main."



Encik Yusnor, turut memberi penghargaan kepada Allahyarham Kassim.



"Kami saling memahami. Apa yang dia suka, saya suka, apa yang saya suka, dia suka.



"Kadangkala idea itu datang daripada beliau. Ada masanya daripada saya, kami sering kompromi. Apabila saya sudah dapat ilham, saya dapat merasakan (Allahyarham) Kassim dapat buat melodi dan cerita dari situ." katanya.



Lagu gandingan mereka bertajuk Aku, Dia dan Lagu juga mendapat pengiktirafan sebagai Lagu Pop Melayu Tempatan Terbaik dengan Penerimaan Royalti Tertinggi Gubahan Melayu tempatan kategori muzik pop.



Semasa mengulas penghormatan yang diberikan kepada Allahyarham bapanya, Encik Kasturi berkata:



"Ayah saya seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap. Tetapi di mana beliau kekurangan kata-kata untuk diucap, beliau menggantikannya melalui lagu dan melodi.



"Dengan dedikasi dan penuh semangat, ayah saya berusaha menjadikan muzik sebagai kerjayanya. Tanpa jemu beliau menulis muzik, membimbing penyanyi baru dan memperbaiki idea dalam usaha menambah baik industri muzik tempatan."



Acara makam malam Compass itu diadakan setelah dua tahun tidak diadakan akibat pandemik Covid-19.



Antara penerima anugerah malam itu termasuk artis 'rapper' Alyph, yang merangkul anugerah Penggubah Muda Terbaik, manakala Sheikh Haikel dan Shabir Tabare Alam membawa pulang anugerah Artistik Cemerlang.



Penyanyi Mandarin, JJ Lin, yang telah menempa nama di luar negara membawa pulang lima anugerah termasuk bagi Artis Tempatan Terbaik, Penggubah Tempatan Terbaik, Lagu Pop Cina Tempatan Terbaik, Lagu Pop Inggeris Tempatan Terbaik dan Anugerah Sayap Kecemerlangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >