Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zakat memperkasa belia untuk menyahut seruan kepimpinan

Apr 21, 2023 | 05:00 PM



WALAUPUN sibuk dengan pengajian Sijil ITE Nasional (Nitec) Tinggi dalam kejuruteraan bersama perniagaan di ITE College Central, dan dengan pekerjaan separuh masa sebagai barista, Encik ‘Uqbah Abdul Rahman, akan sentiasa memastikan jadual mingguan beliau termasuk menghadirkan diri di program belia Perdaus setiap Sabtu.





Encik ‘Uqbah, 20 tahun yang telah menuntut di Madrasah Perdaus sejak peringkat rendah dan kini peserta Sijil Lanjutan Pengajian Islam Belia di Perdaus, menganggap program belia dua tahun ini sebagai suatu pengalaman yang seronok lagi membangunkan.





“Saya dapati program belia di Perdaus sangat sesuai dengan saya, kerana ia menitik-beratkan pengamalan dan pengalaman dalam pembelajaran Islam, bukan hanya secara teori di dalam kelas,” jelas beliau.





Eksekutif kanan jabatan Imad Akademi, Ustazah Azhani Abu Basri,menerangkan bahawa pendekatan pembelajaran agama mingguan di Perdaus termasuk pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning).





Oleh itu, selain kuliah dan bengkel di kelas, peserta belia juga dijangka mengusahakan kira-kira dua projek dalam setahun bersama rakan-rakan sekelas mereka.





Menurut beliau, pendekatan ini mampu meningkatkan penghayatan agama dalam diri pelajar, serta meningkatkan kecekapan pelajar dalam perancangan dan perlaksanaan, serta memberi mereka kesedaran tentang nila-nilai yang ingin Perdaus tanamkan dalam peribadi pelajar semasa sibuk menjayakan projek-projek ini.





Ini sesuai dengan matlamat Perdaus dalam harapan untuk membangunkan bakal pemimpin masyarakat yang berwibawa.





Program pos-menengah Perdaus terbahagi kepada dua: yang pertama ialah Sjil Pengajian Islam Belia (SPIB) selama dua tahun, selepas GCE ‘O’ Levels, dan sambungannya Sijil Lanjutan Pengajian Islam Belia (ACIS), dua tahun juga.





Ustazah Azhani memerhatikan bahawa melalui projek-projek yang dijalankan pelajar, iaitu projek-projek yang juga mendapat sumbangan zakat Perdaus, sedikit sebanyak membantu mereka mengembangkan kematangan dan perspektif, selain dari pemahaman yang lebih mendalam tentang agama.





Beliau menerangkan:

“Sebagai contoh, dalam menjayakan projek akhir tahun bagi ACIS, yang berlaku di luar negara seperti di Batam, pelajar dapat mengasah bibit-bibit kemahiran kepimpinan apabila mereka diperkasa untuk membuat keputusan dalam menjalankan kerja kemanusiaan di sana, dengan bekerjasama dengan agensi tempatan dan mendekati masyarakat tempatan di sana. Ini juga termasuk dalam memastikan keselamatan dan kebajikan rakan-rakan mereka semasa di ekspidisi ini. Kami sebagai asatizah hanya memberi panduan sahaja.”





Buat Encik ‘Uqbah pula, beliau baru menjalankan tugas sebagai pemudahcara (facilitator) dengan membimbing kohort belia yang lebih muda, di projek Ramadhan Perdaus yang mengagihkan bantuan makanan Food Aid, meneman kelaurga benefisiari membeli baju lebaran, serta berkhidmat di masjid, pada minggu lepas.





“Saya sudahpun lalui projek Ramadhan Changes Me, serta ekspidisi luar SPEX yang mencabar ilmu fiqh musafir kami. Program-program ini meningkatkan keyakinan diri saya dan memahami peranan saya sebagai seorang muslim. Saya dan rakan-rakan cukup menantikan projek selanjutnya, yang akan diadakan di luar negara nanti in sya Allah,” kata beliau.



 



USAHA PERDAUS YANG LAIN:



+ Selain dari asnaf fi sabilillah, Perdaus juga mengagihkan kutipan zakat ke asnaf-asnaf yang lain, kepada pihak yang layak menerimanya.

Ini juga termasuk bengkel latihan asatizah, baucar habuan bagi asatizah mingguan, melunaskan hutang yuran Madrasah bagi keluarga berpendapatan rendah dan menyediakan perbelanjaan barangan dapur bagi keluarga benefisiari dari kelab-kelab masyarakat dan lain-lainnya. Untuk maklumat lanjut.

Sila ke: http://swiy.io/pdszakat





+ Sempena Ramadan ini juga, pihak Perdaus mengalu-alukan derma untuk kempen Projek Food Aid, iaitu sebuah projek tahunan Perdaus yang melibatkan komuniti yang layak menerima bantuan makanan dan barangan dapur.

Projek Food Aid ini dijalankan para pelajar di Perdaus, di mana ia satu pendekatan pembelajaran berasaskan pengalaman dalam kurikulum pendidikan agama mingguan di Perdaus.

Pendekatan ini mampu meningkatkan kecekapan pelajar dalam program penglibatan komuniti, serta memberi mereka kesedaran tentang nila-nilai yang ingin Perdaus tanamkan dalam peribadi pelajar semasa sibuk menjayakan projek ini.

Perdaus mengalu-alukan pihak masyarakat untuk menyumbang kepada projek ini, yang memerlukan sekitar $30,000 untuk dijayakan.

Anda boleh menderma melalui PayNow di S64SS0031JQRB (sila WA 8127 3729 untuk resit)


Anda juga boleh ke swiy.co/ihya untuk menderma melalui Cococart atau Giving.sg.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >