MESKIPUN dilanda pelbagai cabaran, ia tidak mematahkan semangat Encik Isnin Ahmad untuk terus pastikan hidup keluarganya terjaga.
Beliau tinggal bersama isteri dan dua anak di flat tiga bilik. Disebabkan keadaan kesihatan anak-anak dan isterinya, akhirnya beliau terpaksa berhenti bekerja pada 2018 untuk menjaga mereka sepenuh masa.