Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Kadar maut tempat kerja kurang lepas Tempoh Keselamatan Dipertingkat

Turun daripada 4.5 kepada 2 kematian sebulan lepas tempoh dilaksana mulai Sep
Nov 05, 2022 | 05:30 AM



MOMENTUM kematian di tempat kerja berkurangan dengan pelaksanaan Tempoh Keselamatan Dipertingkat mulai September lalu.



Demikian menurut Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad, di pelancaran kempen amalan keselamatan kenderaan 'Drive Safe, Work Safe' (Memandu Secara Selamat, Bekerja Secara Selamat) di Terminal Kontena Pasir Panjang, semalam.



"Insiden berkaitan kenderaan salah satu punca utama kematian di tempat kerja dan kecederaan besar. Sebelum Tempoh Keselamatan Dipertingkat bermula pada September, terdapat 4.5 kematian setiap bulan. Selepas pelaksanaannya, ia berkurangan kepada dua sebulan," katanya.



Ini lepas kadar kematian di tempat kerja meningkat pada separuh pertama tahun ini, dengan 28 kematian dek jatuh dari tempat tinggi dan insiden berkaitan kenderaan.



Di pelancaran kempen itu, Encik Zaqy mengambil bahagian dalam satu demonstrasi teknologi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (WSH) yang membantu meningkatkan kesedaran mengenai keadaan pengendali kenderaan dan melindungi diri mereka dan orang lain di sekeli-ling mereka.



Ini termasuk alat antingantuk (ADD) telematik dan sistem elak perlanggaran dan kesan pejalan kaki (SCAPeD). Bagi demonstrasi ADD, Encik Zaqy berpura-pura mengantuk dengan memejamkan matanya dua saat di tempat duduk pemandu.



Tindakannya mengaktifkan ADD yang mencetuskan amaran kepada penyelia operasi dan alat itu berbunyi untuk memberi amaran kepada pemandu.



SCAPeD menyediakan pemantauan aktif menggunakan penglihatan komputer, menyedarkan pekerja berhampiran titik buta (blind spot) di simpang. LED dalam kenderaan akan berkelip dan akan memberi amaran apabila seseorang dikesan da-lam jarak kritikal.



Encik Zaqy turut bercakap bersama beberapa pemandu berpengalaman 10 tahun. Mereka berkongsi bahawa teknologi berguna dan menyedari aspek berbahaya semasa memandu, seperti membelok, memecut dan membrek.



"Kami berharap dengan teknologi, kami dapat meningkatkan keselamatan kenderaan dan menggunakan masa untuk mendidik dan menerapkan budaya keselamatan dalam tempat kerja serta mencegah kematian," kata Encik Zaqy.



PSA menggunakan telematik kenderaan yang memantau lokasi, pergerakan, status dan pengendalian kenderaan serta analisis video yang memproses isyarat video digital untuk melakukan pemeriksaan keselamatan bagi mengelakkan kemalangan.



Menjelang akhir tahun ini, analisis video bagi operasi trafik di pelabuhan akan dilaksana untuk pengesanan pemandu yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >