Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy lancar tiga inisiatif hargai peranan, sokong NSmen

Jun 27, 2023 | 07:28 PM



Anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) terus memainkan peranan penting dalam mempertahankan negara dan adalah penting untuk mereka menerima sokongan daripada keluarga, rakan, syarikat dan majikan mereka.

Demikian dinyatakan Menteri Negara Kanan Pertahanan, Encik Zaqy Mohamad, semasa melancarkan tiga inisiatif pada Selasa untuk menunjukkan penghargaan kepada sumbangan mereka terhadap pertahanan dan keselamatan Singapura.

Ini termasuk Pertandingan Video Menghargai NSmen, pelajar prasekolah mencipta kad penghargaan untuk bapa mereka dan diskaun istimewa untuk NSmen yang disediakan lebih 160 peniaga di seluruh negara.

Inisiatif tersebut dilancarkan Encik Zaqy, yang juga Presiden Safra, semasa majlis anugerah untuk Pertandingan Video Menghargai NSmen di Safra Toa Payoh pada Selasa.

Pertandingan video itu membolehkan pelajar dari sekolah menengah dan institut pendidikan tinggi untuk menunjukkan penghargaan mereka kepada NSmen melalui hasil video pendek dan video animasi.

“NSmen kita terus memainkan peranan penting dalam pertahanan negara kita. Hari ini, kita dapat melihat bagaimana pelajar dari sekolah menengah dan institut pendidikan tinggi mendapat inspirasi daripada bapa, abang dan saudara mara mereka yang telah berkhidmat dalam NS selama ini.

“Sokongan untuk NSmen daripada keluarga, rakan, syarikat dan majikan mereka adalah sangat penting. Landskap ancaman hari ini menunjukkan kita tidak boleh mengambil mudah NS jadi saya cukup berbesar hati untuk melihat ramai pelajar terlibat dalam pertandingan video ini,” kata Encik Zaqy.

Video–video yang memenangi anugerah akan diedarkan di media sosial dan ditayangkan di ruang masyarakat seperti kelab Safra, dan boleh ditonton di https://www.safra.sg/appreciationvideo.

Pada tahun ini, sebanyak 71 penyertaan video dikemukakan 234 pelajar dari 22 sekolah menengah dan institut pendidikan tinggi. Antaranya ialah video animasi bertajuk, The Fireman Issue #1, yang memenangi anugerah Animasi Terbaik.


Ia dicipta oleh Rici Shahputra dan Ukashah Mohamed Hussain, dua pelajar dalam jurusan Grafik Gerakan dari Institut Pendidikan Teknikal (ITE) Kolej Sentral.

Mengulas tentang inspirasinya ketika menghasilkan video animasi itu, Ukasha berkata: “Pakcik saya pernah bertugas sebagai seorang anggota bomba dahulu dan saya rasa tidak banyak penghargaan ditunjukkan kepada anggota bomba berbandingkan anggota tentera dan polis.

“Oleh itu, kita ingin menunjukkan penghargaan kita terhadap golongan itu. Saya dan Rici juga mendapat inspirasi daripada buku komik dan kita mahu menggambarkan anggota bomba sebagai wira.”

Selain daripada pertandingan video tersebut, NSmen juga akan dihargai melalui hasil karya seni anak–anak mereka.

Dari 27 Jun hingga 14 Julai, lebih 3,000 murid dari lebih 300 prasekolah akan mengambil bahagian dalam sesi tersebut di mana mereka digalakkan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pengalaman NS bapa mereka dan kemudian mencipta kad penghargaan untuk bapa mereka.

Akhir sekali, sekitar 200 tawaran akan disediakan oleh lebih 160 peniaga mulai 1 Julai, sempena Hari Angkatan Bersenjata Singapura (SAF).

NSmen boleh menikmati diskaun istimewa yang merangkumi pelbagai kategori seperti makanan dan minuman (F&B), produk gaya hidup, dan perkhidmatan pelancongan dan riadah.

Senarai penuh diskaun boleh didapati di https://www.safra.sg/appreciationdeals.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >