SINGAPURA harus mengambil langkah tegas dalam mengatasi pengganasan, terutama sekali terhadap mereka yang memanipulasi orang lain untuk mewujudkan ketidakstabilan dan sikap tiada toleransi dalam masyarakat.
Menyatakan demikian kelmarin, Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang, Encik Zaqy Mohamad, berkata masyarakat perlu berhati-hati dengan pengaruh dan pendekatan orang seperti itu dalam talian.