Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: SAF perlu sedia hadapi landskap keselamatan yang berubah

93 anggota dilantik sebagai Pakar Tentera Kanan semasa Majlis Pelantikan Pakar Tentera Kanan SAF yang ke-23 semalam
Jul 14, 2022 | 05:30 AM



ANGKATAN Bersenjata Singapura (SAF) harus sentiasa bersedia menangani landskap keselamatan yang kian berubah.



Ini termasuk ancaman siber dan digital yang berupaya menggugat keselamatan negara, kata Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad.



Encik Zaqy menekankan pentingnya SAF untuk bersedia secara operasi untuk menangani bukan hanya cabaran masa sekarang, tetapi juga masa hadapan, bagi mempertahankan Singapura, terutama dalam sekitaran yang semakin kompleks.



"Ia adalah penting bagi kita terus mengadakan latihan dalam domain yang relevan dan khusus untuk mengekalkan standard yang tinggi, bagi memupuk kumpulan pakar ketenteraan kanan yang baru untuk melindungi Singapura," ujar beliau.



Encik Zaqy berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pelantikan Pakar Tentera Kanan SAF yang ke-23 di Temasek Club semalam.



Seramai 93 pegawai lelaki dan wanita, telah dilantik sebagai Pakar Tentera Kanan dalam majlis tersebut.



Ini termasuk 13 daripada tentera darat, 16 daripada Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), 33 daripada Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) dan 31 daripada Kumpulan Pemerintah, Kawalan, Perhubungan, Komputer dan Risikan (C4I).



Majlis Pelantikan itu menandakan penyelesaian Kursus Domain Pakar Tentera, yang melatih pegawai untuk menggalas peranan dan tanggungjawab di SAF yang memerlukan kepakaran dalam bidang kejuruteraan, kecerdasan, perubatan tentera dan keselamatan siber.



Kursus ini mengasah beberapa kemahiran khusus tentera, misalnya dalam kepimpinan dan pengetahuan domain tentera.



Pakar Kanan Tentera yang baru dilantik akan mengambil alih kepimpinan atau pelantikan kakitangan dalam bidang profesional mereka.



Turut menghadiri majlis itu ialah Panglima Pasukan Pertahanan, Leftenan Jeneral (LG) Melvyn Ong, pegawai kanan SAF serta keluarga dan rakan-rakan para graduan.



Encik Zaqy mengingatkan Pakar Tentera Kanan yang baru dilantik akan peranan mereka yang penting dalam melindungi Singapura.



Beliau berkata bahawa majlis itu menandakan fasa yang baru dalam kerjaya mereka bersama SAF dan mencabar mereka untuk menyerlahkan semangat pakar tentera sebelum ini demi membina masa depan yang lebih mampan untuk SAF.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >