Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy: Tambah usaha sokong warga ikuti kursus digital

Gesa institut pendidikan, majikan tawar biasiswa dan kurangi halangan; Google sedia 5,000 lagi biasiswa Sijil Kerjaya Google
Jan 14, 2023 | 05:30 AM



MENTERI Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, menggesa institut pendidikan dan majikan melakukan lebih banyak lagi untuk menyokong dan menggalak individu mengikuti kursus digital.



Ini boleh dilakukan dengan menawarkan biasiswa, kelonggaran dan peluang mengikuti kursus dan mengurangkan halangan kemasukan, katanya di acara sempena ulang tahun pertama pelancaran Skills Ignition SG oleh Google.



"Pekerjaan dalam sektor teknologi atau digital merupakan industri yang akan sentiasa berkembang.



"Oleh itu, dengan mengurangkan halangan kemasukan ini, ia memberi pelajar ITE (Institut Pendidikan Teknikal) atau politeknik peluang menceburi industri tersebut," kata Encik Zaqy.



Beliau menambah "Mereka yang mungkin melakukan pertukaran pertengahan kerjaya juga boleh mendapat manfaat daripada mengikui kursus-kursus ini untuk meningkatkan kemahiran mereka dan terus menjadi relevan."



Bagi terus menggalak lebih ramai warga Singapura mengejar cita-cita dalam kerjaya berkaitan teknologi, Google akan menawarkan tambahan 5,000 biasiswa Sijil Kerjaya Google (GCC).



Dengan komitmennya sebelum ini, Google akan membantu 10,000 penduduk tempatan memperoleh sijil yang diiktiraf majikan sebagai satu cara untuk merealisasikan cita-cita kerjaya mereka.



Sejak melancarkan Skills Ignition SG pada 2020, tujuh dalam 10 lulusan GCC melaporkan kesan positif dalam kerjaya mereka, termasuk kenaikan gaji atau pekerjaan baru, dalam enam bulan selepas menerima sijil itu.



Skills Ignition SG adalah program latihan yang melengkapkan peserta dengan kemahiran yang diperlukan dalam bidang berkaitan teknologi.



Turut menghadiri acara semalam di pejabat Google di Pasir Panjang ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yayasan Mendaki, Cik Aidaroyani Ad.am; Pengarah ITE Kolej Timur, Encik Peh Wee Leng; Pengarah Urusan Google Singapore, Encik Ben King; Timbalan Ketua Eksekutif IMDA, Encik Kiren Kumar; dan pengasas The Codette Project, Cik Nurul Jihadah Hussain.



Encik King berkata inisiatif itu mempermudahkan pelajar mendapatkan kemahiran digital dengan menawarkan mereka fleksibiliti untuk belajar mengikut rentak mereka sendiri pada kos rendah atau tiada kos.



"Dengan melanjutkan lebih banyak biasiswa Sijil Kerjaya Google melalui institusi pendidikan dan kumpulan masyarakat, kami berharap dapat mewujudkan peluang pembelajaran saksama bagi lebih ramai rakyat Singapura untuk memperoleh kelayakan yang boleh membuka peluang kerjaya baru dan berkembang maju dalam ekonomi digital Singapura yang semakin berkembang," kata Encik King.



Sebagai tambahan kepada biasiswa itu, Google juga akan melancarkan program tambahan Pengkomputeran Asas Awan Google (GCCF) dengan kerjasama ITE.



Program sepanjang setahun itu dijangka menawarkan kurikulum bagi 1,000 pelajar.



Kurikulum ini akan menyediakan pelajar kemahiran lebih mendalam berkaitan industri dan kemahiran lebih luas untuk membantu mempercepat perjalanan transformasi digital dalam syarikat mereka.



"Kita berharap dapat mengukuhkan perkongsian dengan Google ini untuk menawarkan kurikulum lebih holistik bagi pelajar dalam masa terdekat, di luar pensijilan.



"Bersama Google, kami boleh memupuk bakat untuk industri dan menyediakan mereka bagi kerjaya menarik dalam persekitaran digital yang semakin berkembang hari ini," kata Dr Yek Tiew Ming, Pengetua ITE Kolej Timur.




"Pekerjaan dalam sektor teknologi atau digital merupakan industri yang akan sentiasa berkembang. Oleh itu, dengan mengurangkan halangan kemasukan ini, ia memberi pelajar ITE (Institut Pendidikan Teknikal) atau politeknik peluang menceburi industri tersebut. Mereka yang mungkin melakukan pertukaran pertengahan kerjaya juga boleh mendapat manfaat daripada mengikui kursus-kursus ini untuk meningkatkan kemahiran mereka dan terus menjadi relevan."
- Encik Zaqy Mohamad, Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >