Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zaqy temu pemimpin negara Teluk di Bahrain, bincang perkembangan Timur Tengah

Nov 18, 2023 | 08:18 PM



Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad, telah bertemu dengan beberapa pemimpin negara Teluk di sisi Dialog Manama 2023 yang diadakan di Bahrain.

Antara isu yang dibincangkan termasuk perkembangan di Timur Tengah.

Pada Jumaat, Encik Zaqy telah bertemu dengan Penolong Menteri Pertahanan bagi Ehwal Eksekutif Arab Saudi, Dr Khalid Al Biyari.

Menerusi laman Instagram beliau, Encik Zaqy berkata:

“Kami membincangkan perkembangan di Timur Tengah, termasuk keadaan di Gaza.

“Saya mendapat banyak pandangan daripada perkongsian Dr Khalid dalam merealisasikan Visi 2030 Saudi, dan usaha penyetempatan kerajaan itu dalam bidang pertahanan.

“Kami juga mengesahkan lagi komitmen untuk mengukuhkan hubungan pertahanan dua hala yang mesra.”

Pada Khamis, beliau berkata ketibaannya di Bahrain disambut mesra oleh Menteri Ehwal Pertahanan Bahrain, Leftenan Jeneral Abdullah Hassan Al Nuaimi.







Dianjurkan oleh Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS), Dialog Manama merupakan forum keselamatan tahunan utama bagi para pegawai kanan pertahanan, keselamatan dan ehwal luar untuk berkumpul dan membincangkan cabaran keselamatan di Timur Tengah dan di luar rantau itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >