Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Zulfikar Shariff ditahan bawah ISA

* Ditahan di S'pura pada Julai atas kegiatan berkaitan pengganasan * Dalam satu lagi kes, seorang bekas pelajar madrasah dikenakan Perintah Sekatan kerana meradikalkan diri sendiri
Jul 30, 2016 | 05:30 AM



WARGA Singapura Zulfikar Mohamad Shariff, yang giat menyebarkan ideologi radikal dalam media sosial sehingga meradikalkan sekurang-kurangnya dua warga yang lain, telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).



Zulfikar, 44 tahun, ditahan selama dua tahun di bawah ISA pada bulan ini bagi kegiatan berkaitan pengganasan, ujar kenyataan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) semalam.



Seorang daripada mereka yang terpengaruh dengan Zulfikar, peniaga Mohamed Saiddhin Abdullah, 33 tahun, dikenakan Perintah Sekatan (RO) setelah mengaku menjadi radikal dengan melayari bahan radikal yang dipos oleh Zulfikar.



Seorang lagi, pengawal keselamatan Muhammad Shamin Mohamed Sidik, telah ditahan di bawah ISA.



Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang- Undang, Encik K. Shanmugam, berkata kes Zulfikar memperlihatkan dia seorang yang berbahaya.



"Orang seperti Zulfikar lebih berbahaya daripada Saiddhin kerana anda boleh menjadikan orang biasa kepada radikal dan mempengaruhi mereka menjadi pengganas," ujar Encik Shanmugam.



Menurut MHA, perbuatan Zulfikar menggalak pengganasan dan menyokong IS yang dikenali juga sebagai ISIS serta pengaruhnya yang mampu meradikalkan orang lain adalah satu ancaman kepada Singapura.



Dia juga telah mendorong Muslim agar mengangkat senjata dan melakukan jihad bersenjata di luar negara.



Zulfikar, menurut MHA, juga mengaku bahawa selain mendukung ISIS dan jihad bersenjata, turut inginkan pengikutnya, secara dalam talian, supaya menolak sistem demokrasi negara sekular dan memperkenal kekhalifahan Islam berasaskan Syariah.



"Dia percaya bahawa keganasan harus digunakan untuk mencapai matlamat ini jika perlu.



"Zulfikar telah mengaku bahawa dia punya muslihat dalam membangunkan satu laman Facebook 'Al-Makhazin Singapore' yang dia gunakan sebagai wadah untuk menimbulkan rasa kurang senang berkenaan isu Muslim di Singapura dan membidas beberapa warga Muslim Singapura yang tidak mengongsi pandangannya," ujar MHA.



Menurut MHA, Zulfikar telah membawa keluarganya menetap di Australia pada 2002 dan dia terus mengikuti ideologi radikal dengan menyertai pertubuhan tegar Hizbut Tahrir dan terpengaruh dengan ajaran pemikir tegar seperti Anwar al-Awlaki.



MHA semalam juga menyatakan seorang lagi warga Singapura berusia 17 tahun turut ditahan di bawah RO selama dua tahun bermula Julai ini.



Dia merupakan bekas pelajar lepasan madrasah.



Hasil siasatan mendapati dia telah menjadi radikal selepas menonton video, laman web dan media sosial pro-IS.



Bekas pelajar itu yakin bahawa tindakan ganas IS adalah berasas dan berhasrat mahu 'berjuang' bagi IS di Syria pada masa akan datang di mana dia bersedia mati syahid.



MHA dalam kenyataan yang sama menyatakan bekas tahanan ISA, Muhammad Fadil Abdul Hamid, 27 tahun, telah ditahan semula di bawah ISA bagi tempoh dua tahun bermula April lalu kerana bercadang menyertai kumpulan pengganas seperti IS, untuk terlibat dalam keganasan bersenjata di Syria.



Sementara itu, dua warga Singapura yang ditahan di bawah ISA sebelum ini telah dibebaskan.



Abdul Basheer Abdul Kader, 37 tahun, yang menjadi radikal secara sendiri dan ditahan semula pada Oktober 2012, telah dibebaskan di bawah Arahan Penggantungan (SD).



Rijal Yadri Jumari, 35 tahun, pula yang sebelum ini menyertai sayap 'Al-Ghuraba' kumpulan Jemaah Islamiyah dan ditahan pada 2008, telah dibebaskan dengan Arahan Sekatan (RO) ke atasnya dibiarkan tamat pada Mac lalu.




KEGIATAN BERKAITAN PENGGANASAN ZULFIKAR



  • Menyokong kumpulan pengganas seperti Al-Qaeda dan Jemaah Islamiyah serta menggalak masyarakat Islam supaya berjuang di Afghanistan

  • Memuat naik beberapa catatan Facebook mengagungkan dan menggalak IS serta tindakan ganas mereka, sambil menggunakan agama bagi mewajarkan kegiatan IS

  • Menggesa umat Islam supaya menggunakan senjata dan 'berjihad' dengan militan di Timur Tengah, wilayah Palestin, Myanmar dan Filipina.

  • Mengaku bahawa dia punya muslihat dalam membangunkan satu laman Facebook 'Al-Makhazin Singapore'


Laporan lanjut:






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >