Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

100 penduduk Ghim Moh terima habuan dari MTFA, Masjid Al-Huda

Mar 24, 2024 | 3:35 PM
Sukarelawan menyusun pek barang runcit dan bubur untuk diagihkan kepada 100 penduduk berpendapatan rendah di Estet Ghim Moh dalam projek amal hasil kerjasama Masjid Al-Huda dan Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) pada 24 Mac.
Sukarelawan menyusun pek barang runcit dan bubur untuk diagihkan kepada 100 penduduk berpendapatan rendah di Estet Ghim Moh dalam projek amal hasil kerjasama Masjid Al-Huda dan Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) pada 24 Mac. - Foto MTFA

Sekitar 100 penghuni flat berpendapatan rendah di kawasan Estet Ghim Moh dapat mengukir senyuman pada Ramadan ini apabila menerima habuan barang runcit dan bubur.

Pengagihan habuan itu merupakan hasil kerjasama antara Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA) dengan Masjid Al-Huda pada 24 Mac.

Dalam satu kenyataan media, MTFA menjelaskan kesemua barang runcit dalam pek itu adalah hasil sumbangan bersama MTFA dan Masjid Al-Huda sebagai sebahagian daripada projek amal tahunan anjuran masjid tersebut sempena Ramadan.

Kenyataan itu menambah ia juga pertama kali MTFA bekerjasama dengan Masjid Al-Huda, yang terletak di Jalan Haji Alias, bagi usaha ini.

Pengarah Eksekutif MTFA, Dr. Abdul Qader Al-aidaroos, berkata: “Kami rasa rendah hati kerana berpeluang untuk bekerjasama dengan Masjid Al-Huda bagi menyokong usaha mulia dalam membantu golongan yang memerlukan.”

Hal sedemikian turut dikongsi pengerusi Masjid Al-Huda, Encik Mohd Idris Mohd Khair.

Menurutnya, pihaknya berbesar hati dapat berganding bahu dengan MTFA bagi membantu masyarakat yang memerlukan.

Beliau berkata: “Kami teruja kerana MTFA menyertai projek amal tahunan kami buat pertama kali.

“Sejajar dengan semangat memberi dalam bulan yang suci ini, kami menjangkau penduduk berpendapatan rendah di Estet Ghim Moh untuk mengagihkan dan menghantar barang runcit kepada mereka.”

Seramai 19 sukarelawan tampil untuk mengagihkan pek sedemikian, yang bermula dengan pengambilan pek dari Masjid Al-Huda sebelum mereka bergerak ke Blok 16 Ghim Moh Road untuk memulakan pengagihan kepada penduduk di kawasan itu.

Pek tersebut mengandungi antara lain gula, beras dan garam halus.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg