Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Relawan, kakitangan bersihkan Masjid Darul Aman jelang Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Relawan, kakitangan bersihkan Masjid Darul Aman jelang Ramadan

Feb 25, 2024 | 08:11 PM



Masjid Darul Aman di Eunos bak lebih bersinar selepas ia dibersihkan oleh sekumpulan relawan pada 25 Februari.

Sekitar 100 relawan serta kakitangan Masjid Darul Aman telah berkumpul bagi membantu membersihkan kawasan dan ruang masjid, menjelang bulan puasa pada Mac nanti.

Antara mereka yang tampil termasuk relawan M3@Geylang Serai dan MudaSG, satu cabang belia di bawah M3 serta sekumpulan pekerja migran yang mengambil bahagian dalam projek membersihkan masjid itu.


Mayor Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) South East, Encik Mohd Fahmi Aliman, yang juga penasihat akar umbi di Geylang Serai, turut hadir menyingsing lengan. 

Usaha membersihkan masjid itu adalah sebahagian daripada projek amal yang diterajui MudaSG sempena Ramadan dan dijadualkan berlangsung pada Mac dan April. Ini merupakan tahun ketiga daya usaha itu diadakan. 

Selain Masjid Darul Aman, sukarelawan MudaSG juga dijadual membersihkan Masjid Kassim di Changi Road. 

Ketika ditemui Berita Harian (BH), Encik Fahmi berkata ia merupakan antara kegiatan yang dirancang sempena meraikan Ramadan yang bakal tiba.


“Ini adalah satu kegiatan yang sering kami lakukan sebelum Ramadan di mana belia kami diajak sama membantu dalam membersihkan masjid kita. 

“Dalam pada itu, kami juga bakal menganjurkan beberapa kegiatan lain seperti buka puasa bersama anak-anak yatim daripada Persatuan Dana Amanah Muslimin (MTFA), Pertapis dan juga Muhammadiyah. 

“Insya-Allah, semua ini sudahpun dilakarkan dan juga kalau diberi kesempatan, kami akan mengadakan pengagihan barangan keperluan rumah sewaktu Ramadan nanti.

“Menerusi kegiatan seperti ini, ia diharap dapat memupuk dan menyemai nilai yang baik dalam kalangan anak muda kita dan menyemarakkan lagi semangat kesukarelawanan dalam diri mereka,” kongsi beliau. 

Meskipun ini merupakan kali pertama beliau mengambil bahagian dalam usaha membersihkan masjid, Encik Noor Adli Raimi berkata beliau berasa amat teruja dapat menyumbang tenaganya bagi tujuan yang mulia.

“Saya telah menghabiskan banyak masa lapang saya dengan melakukan kerja sukarela dan saya sangat teruja untuk membantu hari ini, bersama rakan-rakan saya dari MudaSG.

“Bagi saya, mungkin kegiatan seperti ini dapat menjadi batu loncatan untuk saya terus melakukan lebih banyak kerja sukarela di masjid,” kata pelajar Institusi Raffles (RI) berusia 17 tahun itu.

Seorang lagi sukarelawan MudaSG, Cik Nur Maisarah Muhammad Ridhwan, 20 tahun, pula berkongsi beliau tidak pernah jemu untuk menjadi sukarela bagi acara sebegini.

Pelajar Politeknik Singapura (SP) dalam bidang kejuruteraan mekatronik dan robotik itu berkata: 

“Saya rasa, membantu mempersiapkan masjid sebelum Ramadan bermula, benar-benar memberikan perasaan yang baik kepada hati anda kerana anda melakukannya dengan ikhlas.

“Melalui acara ini, saya berharap saya akan dapat mempelajari lebih banyak perkara, dan jika saya rasa ia adalah pengalaman yang sangat baik untuk saya, saya juga berharap dapat menggalakkan lebih ramai belia kita untuk menyertai dan menjadi sukarelawan bersama-sama.”

Penglibatan anak muda dalam kerja masyarakat, terutama bergotong-royong untuk membersihkan masjid adalah satu perkara yang amat dialu-alukan pihak masjid. 

Penolong pengurus Masjid Darul Aman, Encik Mohamed Zilhairy Ya’acob, berkata: “Kami teruja melihat ramai golongan muda kita hadir untuk membantu dalam usaha ini. 

“Selalunya masjid akan dikaitkan dengan golongan yang lebih lanjut usia tetapi alhamdulillah hari ini, kita dah buktikan sebaliknya. 

“Oleh itu, kami amat mengalu-alukan bantuan mereka dan kalau boleh usaha ini juga dapat dilanjutkan kepada masjid-masjid lain di sekitar Singapura.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >