Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

1.27j isi rumah S’pura terima baucar CDC $500 mulai 3 Jan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

1.27j isi rumah S’pura terima baucar CDC $500 mulai 3 Jan

Lebih 23,000 perniagaan, lapan rangkaian pasar raya utama dengan 415 cawangan di serata S’pura sertai skim
Jan 03, 2024 | 03:27 PM



Setiap isi rumah Singapura akan dapat menebus Baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) bernilai $500 yang boleh digunakan untuk perbelanjaan harian mereka mulai 3 Januari.

Pengagihan Baucar CDC ini bukan sahaja bertujuan untuk membantu isi rumah tempatan menguruskan perbelanjaan kos sara hidup mereka dengan lebih baik tetapi pada masa yang sama menyokong penjaja serta perniagaan setempat.

Isi rumah yang layak boleh membelanjakan $250 daripada baucar CDC di kedai dan gerai makanan di kawasan kejiranan, sementara $250 lagi di pasar raya yang mengambil bahagian dalam skim itu, kata Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong pada pelancaran Baucar CDC 2024 di Kelab Masyarakat Jalan Besar pada 3 Januari.

Terdapat tokokan sebanyak $200 bagi baucar CDC kali ini berbanding pengagihan pada 2023.

Lebih 23,000 perniagaan dan lapan rangkaian pasar raya utama dengan 415 cawangan di serata Singapura menyertai skim ini, sekali gus menawarkan penduduk pelbagai pilihan untuk keperluan dan perkhidmatan harian.

Selain Pasar Raya Ang Mo, Giant Singapore, HAO Mart, NTUC FairPrice, Prime Supermarket, Sheng Siong dan U-Stars Supermarket, warga boleh menggunakan baucar di cawangan Cold Storage yang baru menyertai skim itu. 

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata rangkaian peniaga yang mengambil bahagian telah meningkat, jadi ia memberi lebih banyak pilihan untuk penduduk menggunakan baucar CDC ini.

“Terdapat sebilangan besar peniaga, kedai dan pasar raya telah melakukan lebih daripada sekadar menyertai skim itu.

“Mereka juga melanjutkan diskaun dan rebat mereka tersendiri, jadi jika anda menggunakan baucar CDC di sana, anda mendapat rebat tambahan,” kata Encik Wong sambil menambah jumlah peniaga yang mengambil bahagian juga meningkat lebih daripada dua kali ganda tahun ini berbanding 2021, yang menyaksikan 11,000 penyertaan.

Sebanyak 1.27 juta isi rumah layak menebus baucar digital ini yang boleh digunakan sehingga 31 Disember 2024.

Seperti pengagihan sebelum ini, isi rumah yang layak akan menerima surat pemberitahuan dengan panduan bagaimana untuk menebus dan membelanjakan baucar mereka.

Hanya seorang anggota setiap isi rumah perlu melungsuri laman www.go.gov.sg/cdcv dan log masuk dengan menggunakan akaun Singpass bagi menebus baucar CDC bagi pihak isi rumahnya.

Pautan baucar CDC akan dihantar ke nombor telefon bimbit pemohon yang berdaftar, yang kemudiannya boleh mengongsi pautan itu dengan ahli isi rumah yang lain.

Baucar itu dilancarkan dalam format digital untuk memberi kemudahan kepada penduduk.

Mereka yang menghadapi masalah menebus baucar CDC secara digital boleh mendapatkan bantuan di pelbagai pusat/kelab masyarakat (CC) serta Hab Masyarakat Digital SG.

Keutamaan akan diberikan kepada warga emas dan golongan kurang upaya.

Dalam pada itu, mulai 3 hingga 16 Januari 2024, seramai 500 sukarelawan belia dan pelajar dari sekolah dengan Rangkaian Belia Persatuan Rakyat akan berada di CC terpilih untuk menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan bantuan. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >