Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

13 pemimpin masyarakat tamat program Tunas Bersama M³

Apr 26, 2024 | 4:15 PM
Majlis tamat pengajian program, Tunas Bersama M³, yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah (tiga dari kiri); Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad (tujuh dari kiri); dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (enam dari kanan), mengiktiraf 13 pemimpin MMO (Pertubuhan Melayu/Islam), antaranya termasuk (dari kiri) Naib Presiden I Perdaus, Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail; Naib Presiden IM.PROF, Encik Ahmed Basir; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertapis; Encik Firdaus D’Cruz; Naib Presiden Pertapis, Encik Muhammad Danial Fadzlon; Penasihat Aspire@DPPMS, Encik Fazli Mansor; Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim; Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Dr Syed Harun Taha Alhabsyi; Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid; Pengerusi AMP, Ustaz Fathurrahman Dawoed; dan Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman.
Majlis tamat pengajian program, Tunas Bersama M³, yang dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Mendaki, Cik Zuraidah Abdullah (tiga dari kiri); Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad (tujuh dari kiri); dan Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad (enam dari kanan), mengiktiraf 13 pemimpin MMO (Pertubuhan Melayu/Islam), antaranya termasuk (dari kiri) Naib Presiden I Perdaus, Ustaz Mohammad Taufiq Mohamed Ismail; Naib Presiden IM.PROF, Encik Ahmed Basir; Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertapis; Encik Firdaus D’Cruz; Naib Presiden Pertapis, Encik Muhammad Danial Fadzlon; Penasihat Aspire@DPPMS, Encik Fazli Mansor; Presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), Cik Hazlina Abdul Halim; Presiden Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM), Dr Syed Harun Taha Alhabsyi; Presiden Pergas, Ustaz Muhammad Tarmizi Abdul Wahid; Pengerusi AMP, Ustaz Fathurrahman Dawoed; dan Presiden Persatuan Muhammadiyah, Ustaz Muhammad Azri Azman. - Foto MENDAKI

Kumpulan perintis yang terdiri daripada 13 pemimpin masyarakat telah menamatkan program Tunas Bersama M³, yang bertujuan memupuk generasi pemimpin MMO (Pertubuhan Melayu/Islam) akan datang.

Sepanjang tempoh 18 bulan program tersebut, pemimpin yang terlibat telah meraih manfaat daripada pelbagai sesi pementoran dan perkongsian serta perjalanan pembelajaran, atau learning journeys, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamed, dalam satu hantaran di Facebook pada 26 April.

Mereka juga telah bekerjasama untuk menerajui tujuh projek kemasyarakatan, antaranya Project Dream On.

Dalam projek tersebut, peserta Tunas bekerjasama dengan Rangkaian Karyawan Mendaki, untuk memberi peluang kepada belia Melayu/Islam yang berusia antara 15 dengan 17 tahun melalui latihan bekerja khusus dalam sektor sedang membangun.

Dalam pada itu, ia juga dapat membantu belia meluaskan pengalaman dan pola pemikiran mereka tentang peluang pekerjaan masa hadapan.

Inisiatif Tunas Bersama M³ pertama kali diumumkan oleh Encik Masagos di Majlis Perjumpaan Hari Raya secara maya pada Mei 2021.

“Pengalaman yang diraih dapat memupuk generasi pemimpin yang baru dengan ciri keberanian, perpaduan dan kerjasama untuk membimbing masyarakat dan negara.

“Saya gembira dapat melihat para peserta Tunas Bersama M³ menjalin persahabatan dan rangkaian yang kuat sambil berganding bahu untuk memperkasa dan menyumbang kepada masyarakat,” kongsi Encik Masagos dalam hantaran di Facebook itu.

Beliau hadir sebagai tetamu terhormat di majlis tamat pengajian Tunas pada 24 April di Hotel Voco di Orchard Road.

Anggota dan penasihat sayap belia di bawah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS), Aspire@DPPMS, Encik Fazli Mansor, muncul sebagai ‘valedictorian’ program Tunas Bersama M³.

Beliau turut berkongsi penghargaannya terhadap pendekatan program berkonsep kepimpinan itu. Menurutnya, ia telah mendorong beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat serta menghargai rangkaian yang kukuh dengan para pemimpin lain.

“Kepimpinan boleh menjadi sesuatu yang sepi tetapi saya telah belajar bahawa kita tidak keseorangan dan kita sentiasa mempunyai pilihan untuk mendapatkan bantuan, mencari penyelesaian yang memanfaatkan dua pihak, atau sekadar mempunyai perspektif yang berbeza.

“Mengambil iktibar daripada perjalanan pembelajaran yang kami lalui ke Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF), Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG) dan syarikat APRIL di Pangkalan Kerinci, Riau, saya harap ia akan berkembang menjadi sistem untuk menangani cabaran masyarakat kita,” kata Encik Fazli dalam ucapan ‘valedictorian’ beliau di majlis itu.

Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamed, yang turut hadir di majlis itu, berkata adalah amat menggalakkan untuk melihat bagaimana pemimpin masyarakat ingin meningkatkan kemahiran dan memperbaharui dedikasi mereka agar dapat membawa perubahan dalam masyarakat.

“Melalui program Tunas, Dr Syed Harun memulakan Perbualan LBKM (Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud) untuk melibatkan pelajar pengajian tinggi dan karyawan muda tentang isu semasa dan masa hadapan yang memberi kesan kepada masyarakat,” kongsi Encik Zaqy dalam satu hantaran Facebook pada 26 April.

Kata Encik Fazli lagi:

“Saya berbesar hati diiktiraf sebagai ‘valedictorian’ kerana saya telah banyak belajar daripada peserta lain, yang dalam kapasiti mereka sendiri, adalah individu yang berjaya dalam kedudukan organisasi mereka dan juga peranan profesional mereka.

“Program ini telah menyatukan kami dan membentuk rangkaian sokongan yang kukuh.”

“Saya berbesar hati diiktiraf sebagai ‘valedictorian’ kerana saya telah banyak belajar daripada peserta lain, yang dalam kapasiti mereka sendiri, adalah individu yang berjaya dalam kedudukan organisasi mereka dan juga peranan profesional mereka. Program ini telah menyatukan kami dan membentuk rangkaian sokongan yang kukuh.”
Anggota dan penasihat sayap belia di bawah Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Singapura (DPPMS) atau Aspire@DPPMS, Encik Fazli Mansor, yang diiktiraf sebagai ‘valedictorian’ program Tunas Bersama M³.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg