Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

15 individu cemerlang dirai di majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri

Apr 19, 2024 | 8:45 PM
(Dari kiri) Penyanyi Shareefa Aminah Abdull Sharif atau Shazza; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Anggota Rangkaian Karyawan Mendaki Dr Muhammad Nadjad Abdul Rahim dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri di Conrad Centennial Singapore pada 19 April.
(Dari kiri) Penyanyi Shareefa Aminah Abdull Sharif atau Shazza; Menteri Negara Kanan (Pertahanan merangkap Tenaga Manusia), Encik Zaqy Mohamad; Anggota Rangkaian Karyawan Mendaki Dr Muhammad Nadjad Abdul Rahim dan Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong di Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri di Conrad Centennial Singapore pada 19 April. - Foto BH oleh SHAFIQ APANDI

Seramai 15 individu cemerlang telah diraikan dalam Majlis Perjumpaan Hari Raya Menteri di Conrad Centennial Singapore pada 19 April.

Kesemua individu itu – mewakili pelbagai lapisan masyarakat – telah menabur bakti kepada Singapura.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, memuji usaha mereka dan menyatakan sikap mereka itu menggambarkan kekukuhan nilai masyarakat Melayu/Islam Singapura.

Ia dapat dilihat melalui dua ciri iaitu keberanian menghadapi cabaran besar yang membelenggu masyarakat dan kebersamaan yang daripada semangat gotong-royong dan sikap saling membantu.

Antara individu cemerlang yang dirai pada 19 April ialah Ketua Pegawai Eksekutif Singpost, Encik Shahrin Abdol Salam; penyanyi Shareefa Aminah Abdull Sharif atau Shazza; dan usahawan dan pemimpin masyarakat, Encik Suhaimi Salleh.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, serta sekitar 300 pemimpin masyarakat, asatizah, rakan kongsi masyarakat, pembesar asing, dan pemimpin antara agama.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg