Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Masagos: Teruskan sifat ihsan, dermawan dan prihatin jangkaui bulan Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Masagos: Teruskan sifat ihsan, dermawan dan prihatin jangkaui bulan Ramadan

Turut gesa umat Islam pupuk sifat memberi dan menyumbang semula demi generasi masa depan
Apr 09, 2024 | 08:35 PM



Sikap dermawan dan prihatin masyarakat Islam Singapura sepanjang Ramadan kepada mereka yang memerlukan adalah semangat kewarganegaraan yang harus dicontohi, kata Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad.

Namun, beliau berkata semangat keihsanan ini tidak seharusnya berakhir setelah sebulan berpuasa, malah harus terus dipupuk menjangkaui bulan Ramadan.

Demikian gesaan Encik Masagos, yang juga Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Kedua Kesihatan, dalam Amanat Hari Rayanya yang disampaikan dari Masjid Hajjah Fatimah di Beach Road pada 9 April.

“Saya gembira melihat sepanjang bulan Ramadan, masyarakat kita berganding bahu untuk memperbaiki kehidupan orang-orang di sekeliling kita. Dan juga mereka yang jauh.

“Melalui SalamSG Gives, masyarakat kita menolong keluarga-keluarga susah supaya mereka dapat sama-sama menyambut Syawal dengan ceria,” kata Encik Masagos.


Dalam ucapannya itu juga, beliau memuji sifat ihsan masyarakat Islam Singapura untuk berganding bahu dan bekerjasama dengan pelbagai badan-badan dan pemerintah untuk menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin yang masih terjejas di Gaza.

Seiring dengan lokasi penyampaian Amanat Hari Raya tahun ini, Encik Masagos juga menyentuh tentang keistimewaan Masjid Hajjah Fatimah, sebuah tapak ibadah yang telah diwakafkan oleh Almarhumah Hajjah Fatimah, seorang pedagang terkemuka.

Beliau menggesa umat Islam untuk mencontohi teladan dan sifat dermawan beliau dengan menyumbang kepada generasi akan datang melalui Wakaf Masyarakat Singapura yang bakal dilancarkan.

“Beliau sangat murah hati sehingga sanggup mewariskan tapak rumahnya pada tahun 1846 dengan membina masjid yang indah ini.

“Umat Islam telah dapat menikmati hadiah beliau hingga ke hari ini. Inilah semangat menyumbang yang harus kita pupuk di kalangan masyarakat kita demi membawa manfaat kepada generasi akan datang,” kata Encik Masagos.

Wakaf Masyarakat Singapura bakal dilancar secara rasmi pada 2024 dan orang ramai boleh mula memberi sumbangan untuk menyokong usaha pembiayaan pelbagai keperluan masyarakat Islam di Singapura pada masa hadapan.

Ini termasuk kos pembaharuan pajakan tanah bagi masjid-masjid dan madrasah tempatan, kos peningkatan institusi agama dan menyokong pembangunan asatizah yang akan menelan perbelanjaan yang tinggi.

Lebih $20 juta dijangka diperlukan dalam tempoh 30 tahun akan datang untuk membiayai pembaharuan pajakan tanah masjid dan madrasah di Singapura.

Tambahan pula, lebih $250 juta juga dijangka diperlukan bagi membangunkan sektor asatizah tempatan, terutama bagi meningkatkan prospek kerjaya mereka dan membangunkan kemahiran mereka pada jangka panjang.

Dalam ucapannya, Encik Masagos berkata sudah tiba masanya untuk umat Islam Singapura menyumbang kepada generasi akan datang melalui proses wakaf.

“Sedang kita menyambut bulan Syawal, marilah kita terus mengamalkan kehidupan kita dengan penuh rahmah dan kasih sayang, keyakinan serta kebijaksanaan, sambil kita menyebarkan semangat muhibah kepada sesama insan,” kata Encik Masagos.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >