Topik diikuti
Pergi ke BHku16 wanita diiktiraf, aktivis kemanusiaan bakal wakili S’pura di anugerah M’sia
16 wanita diiktiraf, aktivis kemanusiaan bakal wakili S’pura di anugerah M’sia
Seramai 16 wanita telah diiktiraf atas pencapaian mereka dalam pelbagai bidang, termasuk sumbangan mereka kepada masyarakat.
Acara pengiktirafan Malam Gala Anugerah Ikon Wanita Singapura 2026/27 yang buat julung-julung kali diadakan, berlangsung pada 12 September di De Villa, Centrium Square.
Canselor Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS), Puan Halimah Yacob, hadir sebagai tetamu terhormat.
Dalam ucapannya, beliau berkata anugerah itu mengiktiraf wanita dalam pelbagai bidang, termasuk pendidikan, kesejahteraan, keusahawanan dan khidmat kepada masyarakat.
Malam gala itu turut menandakan genap setahun penubuhan Ikon Women Singapura, sebuah organisasi tempatan yang diasaskan oleh pemilik beberapa perniagaan, termasuk Spa Jelita, Cik Fadilah Majid, bagi menyokong dan memperkasa golongan usahawan wanita.
Salah seorang daripada 16 wanita itu, Cik Linda Ma’arof, akan mewakili Singapura di Malam Gala Anugerah Wanita Ikon Malaysia yang akan diadakan pada September ini.
Cik Linda merupakan seorang sukarelawan kemanusiaan dan pemimpin masyarakat dari Singapura, selain pernah berkhidmat sebagai anggota lembaga Pertubuhan Kemanusiaan untuk Ekonomi Migrasi (Home).
