Dua orang dibawa ke hospital dalam keadaan sedar selepas satu kemalangan yang melibatkan beberapa kenderaan di Ekspreswe Central (CTE) pada 9 Jun.
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) berkata mereka dimaklumkan tentang kemalangan itu pada 9 pagi.
Kemalangan itu berlaku di CTE menuju ke arah Ekspreswe Seletar (SLE) sebelum susur keluar Chin Swee Road.
Ia melibatkan sebuah kereta, trak dan lori, kata polis.
Apabila The Straits Times tiba di tempat kejadian pada 10 pagi, sebuah kereta kelihatan mengalami kerosakan yang teruk, di belakang lori Sembcorp di tengah jalan.
Pintu depan penumpang terbuka dengan kedua-dua bampar depan dan belakangnya remuk.
Sebuah lori, yang memaparkan jenama jus Florida’s Natural, juga kelihatan dengan bampar depan yang rosak teruk.
Seorang pemandu lelaki berusia 41 tahun dan penumpang wanita berusia 36 tahun telah dibawa ke Hospital Besar Singapura (SGH), kata polis dan SCDF.
SCDF juga berkata mereka memeriksa orang ketiga yang mengalami cedera ringan, tetapi individu itu enggan dibawa ke hospital.
Seorang lelaki berusia 26 tahun yang merupakan pemandu lori terlibat sedang membantu siasatan polis.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg