Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

2 kit ujian baru Covid-19 mula dijual Mac

Feb 24, 2022 | 5:30 AM
KIT ART BARU: Bekalan kit ART AllTest bakal dijual di pasaran bermula Mac ini. - Foto BH oleh MARK CHEONG
KIT ART BARU: Bekalan kit ART AllTest bakal dijual di pasaran bermula Mac ini. - Foto BH oleh MARK CHEONG -

DUA kit ujian pantas antigen (ART) baru, AllTest dan Indicaid bakal dijual di sini mulai bulan depan.

Kededua kit itu berharga kurang $5, sejajar dengan jenama lain di pasaran kini.

Kit baru itu, yang kedua-duanya melibatkan swab hidung, kali pertama diumumkan pada November lalu oleh Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung.

Untuk memastikan bekalan kit ART mencukupi, pemerintah telah mengeluarkan bekalan daripada simpanannya kepada peruncit awal bulan ini sedang bilangan kes jangkitan Covid-19 di Singapura terus meningkat.

Bekalan di mesen layan diri yang memberi kit ART percuma kepada mereka yang perlu melakukan ujian kendiri juga dikatakan semakin merosot atau kehabisan stok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg